...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Saturday 30 May 2015

CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2015 BERMULA...



" TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ENTRY SAYA "

Tuesday 26 May 2015

SAMBUTAN HARU GURU PERINGKAT DAERAH SETIU 2015


 Setiu - 26 Mei 2015 telah berlangsung sambutan hari guru peringkat daerah Setiu bagi tahun 2015 bertempat di Dewan Sungai Tarom,Setiu.Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato' Haji Mohd Jidin bin Shafee. Turut diundang kemajlis tersebut ialah Mantan GB SKKFST Puan Zakiah binti Hasshim.

" TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ENTRY SAYA "

Sunday 24 May 2015

KURSUS LADAP PBPPP 2015



TARIKH                    : 24 MEI 2015
MASA                       : 1.45 PTG - 2.30 PTG
TEMPAT                  : MAKMAL KOMPUTER
HARI                       : AHAD
ANJURAN              : UNIK KURIKULUM SKKFST
PENCERAMAH    : PUAN ROSLIWATI BINTI SIDIK AHMAD ( PK PENTADBIRAN SKKFST )
KEHADIRAN        : SEMUA GURU SKKFST


1.  LATAR BELAKANG PBPPP
PTK digantikan dengan penilaian baru yang lebih memfokus kepada elemen pembangunan kompetensi berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan. Untuk memastikan ia relevan, ketua perkhidmatan atau ketua jabatan diberi fleksibiliti dalam menentukan kaedah penilaian di dalam jabatan masing-masing berdasarkan garis panduan yang sedang disediakan oleh JPA”
 Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) adalah satu kaedah penilaian yang menilai kompetensi dan potensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)  berdasarkan Konsep Tugas dan Tempat Bertugas (Job-Based and Work Place). Proses PBPPP adalah mengikut standard prestasi yang ditetapkan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan GTP  2.0 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM).
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Cik Khairiah binti Abd Manan [ Pegawai LINUS (BI) ] merangkap Pegawai Perhubungan Sekolah kerana sudi meluangkan masa bersama kami dalam sesi taklimat PBPPP.
Sehubungan dengan ini, maka semua guru SKKFST telah selesai mengikuti Taklimat Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) Kementerian Pendidikan Malaysia. Taklimat ini merupakan salah satu daripada kursus LADAP yang berasaskan sekolah.Terima kasih atas komitmen yang telah diberikan.


" TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ENTRY SAYA "

Saturday 23 May 2015

KEJOHANAN BOLA TAMPAR MAJLIS SUKAN SEKOLAH TERENGGANU 2015

SETIU NELANG !!!
Kejohanan Bola Tampar MSST Terengganu telah diadakan pada 21 - 22 Mei 2015 yang lalu bertempat Di Gelanggang Bola Tampar Pejabat Daerah Kemaman.

Sukacita dimaklumkan bahawa  dalam kejohanan tersebut Pasukan Bola Tampar Lelaki 12 tahun Setiu  telah muncul tempat ketiga setelah tewas dengan Daerah Dungun 15 - 13 dan 15 - 14 manakala Pasukan Bola Tampar Perempuan 12 tahun Setiu  kalah awal juga tewas dengan Daerah Dungun.
  Walau bagaimanapun, ucapan TAHNIAH DAN SYABAS kepada pasukan Daerah Setiu,Pengurus Pasukan,Jurulatih serta penyokong - penyokong setia.Biarpun tidak mencapai kemenangan tapi Percayalah, sukar untuk mencapai ketahap ini. Semoga kejayaan tersebut akan memberi rangsangan, motivasi dan semangat kepada pasukan yang lain untuk mencipta kejayaan. 
Terima kasih juga ditujukan buat mantan GB Puan Zakiah binti Hasshim kerana turut hadir memberi semangat kepada pasukan dan terus-menerus menyokong perjalanan aktiviti SKKFST.


Berita bergambar :
 Tahniah diucapkan kepada pasukan SETIU serta guru - guru yang terlibat menjayakan kejohanan ini secara langsung dan tidak langsung.

KEPUTUSAN RASMI KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSST 2015 :

 LELAKI  B12
JOHAN - HULU TERENGGANU
NAIB JOHAN - DUNGUN
KETIGA BERSAMA - SETIU & KEMAMAN

PEREMPUAN B12
JOHAN - KUALA NERUS
NAIB JOHAN - HULU TERENGGANU
KETIGA BERSAMA - DUNGUN & BESUT


" TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ENTRY SAYA "

TAHNIAH CIKGU ZURINA !!!



 Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Jurulatih memanah Cikgu Zurina Azra dan Suami kerana berjaya menempatkan peserta dari Setiu ke peringkat Kebangsaan.

" TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ENTRY SAYA "

Wednesday 20 May 2015

KARNIVAL KO KAKADEMIK BAHASA INGGERIS PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2015


Rabu... 20 Mei 2015 , Karnival Ko Akademik Bahasa Inggeris Peringkat negeri Terengganu telah diadakan di sk putera Jaya, Setiu. Sebanyak 8 Daerah seluruh Negeri Terengganu telah menghantar wakil masing-masing untuk berentap.SKKFST mewakili Daerah Setiu dalam Kategori Story Telling, namun demikian, rezeki bukan milik SKKFST pada hari itu yang mana peserta Setiu telah tewas dengan daerah-daerah lain yang bertanding. Walau bagaimanapun satu pengalaman kepada Adik Ahmad Shafi bin Saifuddin kerana telah berjaya hingga keperingkat ini. Semoga lebih berjaya pada masa depan. 
Adik Ahmad Shafi bin Saifuddin.
Diharap Karnival Bahasa Inggeris ini dapat menerapkan lagi minat para murid terhadap bahasa kedua ini.
Ucapan perasmian penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Tuan Haji Kipayatu Allah bin Dato' Mohd Said , Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Setiu.
Bersama Jurulatih Sir Wan Izimi bin Wan Md Zin.
Antara aksi-aksi peserta Story Telling.
 
Tahniah dan syabas kepada semua pemenang...yang kurang bernasib baik kita cuba lagi dilain masa...


" TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ENTRY SAYA "

PEMILIHAN ATLET MEMANAH 2015




 TAHNIAH kepada adik Muhammad Hanif Darwisy bin Rosman dan Jurulatih Cikgu Zurina Azra binti Che Abdul Rashid.



" TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ENTRY SAYA "

Monday 18 May 2015

SAMBUTAN HARI GURU & HARI PEKERJA 2015


 Warga SKKFST 2015
18 Mei 2015 - SKKFST  telah mengadakan majlis sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja serentak semalam bertempat di kantin SKKFST. Sambutan ini bertujuan untuk menghargai jasa dan pengorbanan guru dalam usaha membentuk generasi yang berwibawa serta penat lelah kakitangan -kakitangan  sokongan selama ini.
Acara bermula seawal jam 8.30 pagi dimulakan dengan nyanyian lagu NEGARAKU dan seterusnya bacaan perutusan-perutusan yang disampaikan oleh GPK-GPK serta ucapan daripada Tuan Guru Besar SKKFST.
Guru-guru menyanyikan lagu Guru Malaysia yang diketuai oleh cikgu Mohd Sabri bin Mohd.
Bacaan ikrar Guru yang diketuai oleh cikgu Wan Izimi bin Wan Md Zin.
Acara memotong kek oleh Tuan Guru Besar bersama GPK-GPK.Kek adalah sumbangan Daripada ADUN Langkap dan bekas murid SKKFST.Terima kasih kepada YB.

Pada sambutan kali ini, acara sukaneka menjadi pilihan warga SKKFST untuk dipertandingkan yang mana sebelum ini permainan bola tampar menjadi taruhan dan kali ini ianya mendapat sambutan hangat murid-murid dan guru-guru begitu teruja untuk menghabiskan permainan.Sambutan sangat meriah dan kecoh sekali.
Gelagat-gelagat semasa acara sukaneka dijalankan.

Hadiah? Biasalah...Hari Guru dan hadiah tidak dapat dipisahkan, ibarat seperti ubat gigi dan berus gigi. Murid-murid sangat tidak sabar untuk memberi hadiah kepada guru masing-masing. Pekerja-pekerja juga tidak ketinggalan turut mendapat perhargaan daripada murid-murid.
Terima kasih anak-anak....kami sangat menghargai pemberian ini...

Sesi pertukaran hadiah antara guru-guru dan pekerja-pekerja.
Penyampaian hadiah kemenangan dalam acara sukaneka oleh GPK pentadbiran Puan Rosliwati binti Sidik Ahmad.
Pemberian aiskrim percuma juga turut memeriahkan sambutan Hari Guru Dan hari Pekerja SKKFST semalam. Bukan murid-murid jer malah guru-guru turut beratur mendapatkan aiskrim...hehehe..... Terima kasih kepada Puan Natitah ( PT ) kerana belanja kami..... :)
Ucapan terima kasih kepada pihak kantin untuk hidangan yang sangat lazat dan awesome... :)

Akhir kalam...terima kasih atas semua komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan sambutan Hari Guru & Hari Pekerja bagi tahun ini. " saya sayang cikgu saya "


" TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ENTRY SAYA "

Saturday 16 May 2015

GOTONG ROYONG PERDANA 2015


16 Mei 2015 ( sabtu ) –  Sempena Hari Guru semalam Kerajaan Negeri Terengganu telah mengadakan Gotong Royong Perdana Peringkat Negeri Terengganu bertemakan Transformasi Terengganu Terbersih : Masyarakat Sejahtera yang melibatkan semua guru, murid, kakitangan serta warga sekolah diseluruh negeri Terengganu. Acara tersebut yang bermula pada jam 8.15 pagi dimulakan dengan para guru dan murid berhimpun di dataran perhimpunan bagi mendengar sedikit taklimat berkaitan dengan gotong-royong yang telah disampaikan oleh penyelaras unit kebersihan dan keceriaan.

Selepas taklimat, para hadirin mula bergerak ke kawasan kerja masing-masing, di mana semua guru dan kakitangan dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang akan membersihkan dan menceriakan zon yang telah diperuntukkan kepada kumpulan masing-masing.

Aktiviti gotong royong ini selesai pada pukul 10.00 pagi. Diharapkan agar para murid akan terus memastikan kebersihan dan keceriaan bilik darjah masing-masing berkekalan agar sesi pembelajaran akan dapat dijalankan dalam keadaan yang selesa.
 Gotong Royong Perdana Sekolah-sekolah Negeri Terengganu ini bertemakan Transformasi Terengganu Terbersih : Sekolah Terbersih.

Pihak pengutrusan SKKFST mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru dan kakitangan serta warga SKKFST yang telah hadir memeriahkan Gotong-Royong Perdana 2015, juga kepada murid-murid yang turut menyumbangkan masa dan tenaga.

" TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ENTRY SAYA "