...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Wednesday 29 June 2016

SAMBUTAN AMBANG AIDILFITRI DAN PENGAGIHAN DUIT RAYA

SKKFST , 30 Jun 2014/25 Ramadhan 1437H : Satu majlis ringkas tapi penuh makna iaitu program ambang Aidilfitri telah diadakan hari ini sempena umat islam akan menyambut kedatangan 1 syawal 1437H sebagai tanda merayakan hari yang penuh kesyukuran ini setelah menempuh bulan ramadhan Al Mubarak. Pihak sekolah juga telah memberikan sumbangan raya berbentuk duit raya kepada semua murid. Di akhir majlis, program bersalam-salaman antara guru dan murid menandakan tanda kasih guru terhadap anak didiknya.
Ucapan dan pesanan daripada Tuan Guru Besar SKKFST.
Ucapan daripada ketua murid Adik Aleya Shahira.
Majlis diakhiri dengan acara pengagihan duit raya dan bersalam-salaman antara murid dan guru.
Yeeeaaaa!!!kami dapt duit raya...terima kasih cikgu...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

1437H / 2016M

MAAF ZAHIR & BATIN





SK.Kubang Kerian 1 telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah dengan penuh meriah dan warna warni.Majlis dimulai dengan perhimpunan pagi yang di adakan secara ringkas dan di akhiri dengan pemberian duit raya kepada semua murid .Acara Pengagihan duit raya telah di ketuai oleh Tuan Guru Besar dan diikuti oleh barisan Penolong Kanan Sk Kubang Kerian

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ
SK.Kubang Kerian 1 telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah dengan penuh meriah dan warna warni.Majlis dimulai dengan perhimpunan pagi yang di adakan secara ringkas dan di akhiri dengan pemberian duit raya kepada semua murid .Acara Pengagihan duit raya telah di ketuai oleh Tuan Guru Besar dan diikuti oleh barisan Penolong Kanan Sk Kubang Kerian

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ
SK.Kubang Kerian 1 telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah dengan penuh meriah dan warna warni.Majlis dimulai dengan perhimpunan pagi yang di adakan secara ringkas dan di akhiri dengan pemberian duit raya kepada semua murid .Acara Pengagihan duit raya telah di ketuai oleh Tuan Guru Besar dan diikuti oleh barisan Penolong Kanan Sk Kubang Kerian

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ

SALAM LEBARAN

Kurang lebih seminggu lagi kita akan meraikan Aidilfitri setelah sebulan menahan lapar dan dahaga.Dikesempatan ini admin ingin mengucapkan Selamat bercuti kepada semua murid dan warga pendidik SKKFST terutamanya.Cuti Aidilfitri akan bermula esok 01 Julai hingga 09 Julai 2016 bagi Pantai Timur. Salam Lebaran daripada kami Warga SKKFST....

MAJLIS BERBUKA PUASA 2016

Pada 24 Jun 2016  telah diadakan majlis berbuka puasa peringkat sekolah di SKKFST.Antara yang dijemput adalah seluruh warga sekolah,PIBG, Pengurus-Pengurus Ladang dan Kilang Sawit, ibu bapa serta komuniti yang berhampiran.Jemputan telah tiba di sekolah bermula jam 6.00 petang.
Tazkirah Ramadhan dan Ambang Syawal oleh Ustaz Azman bertempat di Surau An-Nur SKKFST sementara menunggu waktu berbuka.
Persiapan juadah untuk berbuka seawal jam 6.00 petang dengan kerjasama semua guru dan pekerja SKKFST.
Majlis tahlil turut diadakan sebagai tanda mensyukuri segala nikmat yang telah diberikan oleh Nya.
 
Bila azan berkumandang....Bismillah..... ALLAAHUMMA LAKASUMTU WABIKA AAMANTU WA'ALAA RIZQIKA AFTHORTU BIROHMATIKA YAA ARHAMAR ROOHIMIIN
 
 Tujuan utama majlis ini diadakan adalah untuk merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara warga sekolah dan komuniti. Majlis telah berjalan dengan lancar dengan jumlah kehadiran yang agak memberangsangkan.Terima kasih untuk semua yang telah terlibat dari segi sumbangan tenaga,masa dan wang.jumpa lagi dilain ketika...wassalam....

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2016

29 Jun 2016 Bersamaan 24 Ramadhan 1437H - Satu Majlis Khatam Al-Quran telah disempurnakan di Dewan Terbuka SKKFST dalam suasana yang sungguh tenang dan damai.Majlis telah diketuai oleh Ustaz Azman bin Ali Akmal bersama peserta Khatam seramai 25 orang yang telah dipilih.
Tahniah kepada peserta khatam dan guru-guru yang terlibat menjayakan majlis mulia ini.Semoga segala amalan kita dipenghujung Ramadhan ini diterima Nya dan sama-sama kita berdoa semoga kita akan berjumpa lagi di Tahun hadapan. In Shaa Allah.....
Dalam majlis tersebut juga telah diadakan penyampaian hadiah kepada pemenang akitiviti yang telah berlangsung sepanjang Ramadhan.Acara telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar En Zainuddin bin Dollah.Tahniah kepada yang telah berjaya...


Monday 27 June 2016

MAJLIS KHATAM AL-QURAN & BERBUKA PUASA PERINGKAT SEKOLAH

Majlis akan diadakan seperti ketetapan berikut : 
Tarikh : 29 Jun 2016 Bersamaan 24 Ramadhan 1437H
Hari : Rabu
Tempat : Kantin SKKFST
Masa : 10.30 PG & 5.30 PTG

Objektif : Program ini bertujuan untuk mengeratkan silatulrahim antara warga SKKFST dan mengimarahkan lagi bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini dengan ayat-ayat suci Al-Quran. Dengan adanya perogram seperti ini diharapkan dapat mengukuhkan lagi semangat perpaduan antara warga sekolah.

Monday 20 June 2016

SELAMAT MENYAMBUT HARI NUZUL AL-QURAN 1437H

Warga SKKFST ingin mengucapkan Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran kepada semua umat Islam.
Di hari dan bulan yang mulia ini bersama-samalah kita memelihara kesucian Al-Quran.

Maksud Nuzul Al-Quran : -
Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

MILO PERCUMA DIBULAN RAMADHAN..

Pada 19 Jun 2016, jam 9.30 pagi Ahad,Van MILO telah hadir ke SKKFST untuk membuat pengagihan minuman MILO percuma kepada 149 orang murid.Kehadiran van MILO ini telah disambut oleh PK HEM Pn Norasikin dan melalui perbincangan,murid diagihkan MILO mengikut kelas bermula Pra Sekolah,Tahun 1 hingga Tahun 6.jadi boleh lah minum waktu berbuka puasa yer....Terima kasih MILO...
Sekotak minuman Milo untuk setiap orang murid telah diagihkan bermula daripada murid pra sekolah.
PK HEM turut membantu semasa proses pengagihan kepada murid.
Terima kasih diucapkan kepada Syarikat Nestle (Malaysia) Berhad diatas sumbangan minuman percuma ini. Teruskan usaha ini untuk membantu murid-murid dikawasan luar bandar menikmati secawan Milo yang sangat lazat lagi berkhasiat terutama dibulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

Wednesday 15 June 2016

JOM JIMAT!!!

#Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Walaupun bulan Ramadhan dah masuk 11 hari, saya rasa terpanggil untuk menyelitkan secara ringkas beberapa tip berjimat cermat. Ada 8 tip jimat cermat kesemuanya. Mudah-mudahan ada boleh praktikkannya bukan setakat pada bulan puasa malah hari-hari lain pun sama.

Tip jimat cermat yang dimaksudkan adalah;


1. Azam berjimat

Dengan menanamkan azam, secara tak langsung ia akan membantu anda agar berpada-pada dalam berbelanja. Paling mudah, waktu membeli juadah berbuka puasa.

Sebagai contoh, katakan anda berazam nak berbelanja kurang daripada RM10. Secara tak langsung, azam anda tu akan membantu anda mengawal perbelanjaan!


2. Belanjawan harian

Azam sahaja memang tak cukup. Anda harus mempunyai belanjawan untuk menyokong azam tersebut. Kalau tak, takut tersasar nanti.

Cara senang buat belanjawan, catat segala yang ingin dibelanjakan seharian di atas sehelai kertas. Catatan tu akan bertindak sebagai panduan bila anda nak berbelanja kelak.


3. Jangan bawa duit berlebihan

Taktik ni dah terbukti berkesan kepada ramai orang. Bawa duit cukup-cukup jer seperti yang dirancang. Walaupun cara ni agak susah dilakukan tapi memang berkesan.


4. Jangan berbelanja ikut nafsu

Latih dan kawal diri supaya tidak mengikut nafsu. Memang tak dinafikan kalau tengok makanan yang dijual kita akan kecur air liur teruja untuk membeli.

Tapi cuba anda kaji, biasanya kalau beli terlalu banyak juadah; adakah anda berjaya menghabiskannya? Ataupun masuk ke dalam tong sampah?


5. Kirim jer juadah

Kalau anda berasa amat sukar nak mengawal nafsu membeli ketika mengunjungi bazar Ramadhan, alternatifnya anda boleh mengirimnya saja daripada rakan ataupun ahli keluarga yang lain.


6. Berbuka dan bersahur di rumah

Berbuka dan bersahur di rumah bukan sahaja dapat menjimatkan duit. Malah masa anda juga. Maklumlah waktu Maghrib agak pendek. Takut terlajak la pulak.


7. Berbuka dan bersahur di surau atau masjid

Kalau anda nak penjimatan maksima, boleh manfaatkan majlis berbuka dan sahur anjuran
sesetengah surau atau masjid.

Selain berjimat, anda boleh terus solat berjemaah sekali. Inilah peluang terbaik untuk anda menggandakan pahala.


8. Berkongsi atau bertukar juadah

Satu lagi cara berjimat ialah berkongsi juadah dengan teman serumah. Setiap seorang beli juadah yang berbeza. Ini bagi yang masih bujang la.

Bagi yang dah berkeluarga, anda boleh bertukar-tukar juadah sesama jiran tetangga. Di samping dapat merasa masakan yang berlainan jenis, secara tak langsung boleh mengeratkan silaturrahim sesama jiran.


Selamat Berjimat!

Saturday 11 June 2016

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH WARGA SKKFST

Setelah kita bercuti selama dua minggu sempena Cuti Pertengahan Tahun, maka pada hari ini12 Jun 20106 Bersamaan 7 Ramadhan 1437H kita semua warga SKKFST kembali ke sekolah seperti biasa. Justeru itu saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat kembali bertugas kepada semua guru dan kakitangan serta selamat kembali belajar kepada semua murid.

Kepada semua murid, sesungguhnya belajar adalah tugas anda dan tanggungjawab anda. Sekiranya tugas guru mengajar, tugas ibu bapa anda mencari nafkah (bekerja), maka tugas anda hanyalah belajar. Belajar adalah satu proses untuk melahirkan seorang insan yang terdidik bagi memastikan anda menjadi individu yang mempunyai keseimbangan sama ada dari aspek Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek. Dengan modal JERI itulah nanti yang akan menjadikan anda sebagai insan yang bermodal, dan seterusnya menjadi pewaris kepada kesinambungan kemakmuran negara.

Cuti yang agak lama (2 minggu) sudah tentu menjadikan catatan diari kita semakin panjang kerana banyak cerita....cerita panjang, cerita pendek, cerita berbingkai dan pelbagai genre lain yang telah kita lalui sepanjang cuti yang lalu. Walau bagaimana seronok, suka dan dukanya anda sepanjang cuti yang lalu, namun saya berharap semua murid sedar bahawa semalam adalah sejarah, hari ini ialah realiti dan esok adalah harapan dan terbentang masa depan anda yang belum pasti lagi. Oleh itu sama-samalah kita memantapkan persiapan kita untuk mengharungi esok tadi, khususnya dalam mempersiapkan diri dalam menghadapi peperiksaan akhir tahun dan UPSR terutamanya.

Sekian celoteh untuk kali ini, selamat belajar....