...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Sunday 29 June 2014

SOLAT HAJAT TAHUN 6 PERINGKAT SEKOLAH 2014

Tarikh : 26 Jun 2014
Hari : Khamis
Tempat : Kantin SKKFST

ATURCARA PROGRAM
7.20 – pm             : Ketibaan para jemaah
7.30 – pm             : Solat Magrib secara berjemaah
7.45 – pm             : Bacaan Yasin
8.15 – pm             : Tazkirah ringkas
8.30 – pm             : Solat Isyak secara berjemaah
8.40 – pm             : Solat hajat
9.10 - pm             : Jamuan ringan & Bersurai

Persediaan tempat dan bilik jamuan
Murid dan ibu bapa menjamu selera 'pulut kuning'
Bacaan Yasin dan tahlil sebelum solat hajat.
Bersalaman selepas solat

Saturday 28 June 2014

PROGRAM HAFAZAN AL-QURAN 2014

 
TARIKH : 29 Jun 2014 Bersamaan 1 Ramadhan
HARI : Ahad
TEMPAT : SKKFST

Objektif

1 ) Melahirkan pelajar yang hafiz AI Quran.

2 ) Melahirkan pelajar yang berakhlak mulia berlandaskan AI Quran.

3 ) Mewujudkan perasaan cinta dan sayang kepada AI Quran sepanjang zaman.

Muqaddimah
Al Quran merupakan kalamullah serta sebuah kitab yang diturunkan khusus kepada nabi Muhammad yang merupakan satu mukjizat teragung di alam ini.Sebaik baik manusia adalah mereka yang mempelajarinya dan mengajarnya,lebih lebih lagi mereka yang menghafal akannya.Oleh itu,Sek Men IMTIAZ ditubuhkan untuk melahirkan pelajar soleh pintar yang hafiz Al quran.Dengan itu program ini telah pun dilaksanakan dengan jayanya berkat daripada usaha yang gigih daripada semua pihak dan pertolongan Allah Taala.
 
 

Wednesday 25 June 2014

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak!


Begitu pantas masa berlalu, sedar tak sedar Bulan Ramadhan datang lagi. Rasanya, baru semalam menyambut Bulan Ramadhan dan kini menyambut lagi. Itulah tandanya dunia berada di akhir zaman, masa terasa berlalu dengan pantas.
Bila bercakap tentang Bulan Ramadhan, ia adalah bulan yang penuh keberkatan. Bulan inilah kebanyakan orang akan beramal lebih daripada biasa. Ada yang bersedekah dengan menghantar juadah berbuka puasa di masjid atau surau, ada yang mengaji Al-Quran sehingga khatam, ada yang solat tarawih tanpa pernah tinggal, ada yang bangun tahajud dan bermacam-macam cara lagi untuk beramal. Selain beramal ibadah, Bulan Ramadhan juga adalan bulan yang penuh dengan rezeki. Sesetengah orang menggunakan Bulan Ramadhan ini untuk berniaga dengan membuka bazar ramadhan dan ada yang berniaga di sebelah malam secara separuh masa setelah bekerja di siang hari.
Kalau bercakap tentang Bulan Ramadhan juga, pasti ia tak dapat lari dengan juadah berbuka puasa. Masa inilah bermacam-macam jaudah berbuka puasa yang hendak di makan. Kalau pergi ke bazar ramadhan boleh rambang mata dibuatnya, apabila melihat bermacam-macam juadah berbuka puasa yang dijual seperti ikan bakar, ayam percik, murtabak, air kelapa muda, air tebu dan lain-lain. Kalau tulis pasal bab-bab makan nie boleh terliur dibuatnya.Apa pun admin mengucapkan SELAMAT BERPUASA BUAT WARGA SKKFST...KUATKAN IMAN...TINGKATKAN AMAL...
Sumber : google search

Monday 23 June 2014

PROJEK NAIKTARAF SURAU DAN GELANGGANG BOLA TAMPAR

APA YANG PENTING?????KERJASAMA...........................

MESYUARAT AJK PIBG KALI PERTAMA 2014/2015

Tarikh : 23 Jun 2014
Hari : Isnin
Masa : 11.30 pagi
Tempat : Makmal Komputer

Agenda : 1.1 - Ucapan Yang Dipertua PIBG
                1.2 - Ucapan Guru Besar
                1.3 - Perancangan Aktiviti 2014
                1.4 - Hal-hal lain

LAWATAN PENANDA ARAS DARI SK FELDA SELASIH,BESUT

23 Jun : Seramai 4 orang guru dari SK Felda Selasih, Besut telah mengunjungi sekolah ini jam 10.00 pagi yang diketuai oleh En.Wan Azmi Mohamad. Tujuan lawatan adalah bagi melihat sistem pengurusan sekolah kerana sekolah mereka telah terpilih sebagai sebuah sekolah Kluster Kecemerlangan.Mereka juga ingin mengetahui bagaimana cara untuk menyediakan RFP ( Request For Proposal ). Mereka kemudian di bawa ke bilik mesyuarat untuk mendengar taklimat tentang sekolah oleh Pn.Rosliwati binti Sidik Ahmad,Pen.Kanan Pentadbiran SKKFST dan sebelum berangkat pulang rombongan dibawa ke kantin untuk sedikit jamuan ringan.
Terima kasih kerana sudi datang ke sekolah kami.Semoga kita sama-sama mencipta kejayaan demi anak-anak bangsa.


PERTANDINGAN CHORAL SPEAKING PERINGKAT DAERAH SETIU 2014

Pasukan Choral Speaking SKKFST 2014
Hari    : Ahad
Tarikh : 22 Jun 2014
Tempat : Dewan PPD Setiu
Anjuran : Pejabat Pendidikan Daerah Setiu

SKKFST telah menyertai Pertandingan Choral Speaking Peringkat Daerah Setiu 2014. Pertandingan ini disertai oleh lima buah sekolah rendah. Tempat pertama dimenangi oleh SK Mangkok dan  tempat kedua SK Lembah Jaya.
Pasukan dari SKKFST telah memberikan persembahan yang menarik namun nasib tidak menyebelahi. Tahniah diucapkan kepada Sir Wan Izimi,Puan Yuzrida,Puan Siti Fasha kerana berjaya membentuk satu pasukan yang mantap dalam masa yang agak singkat. Semoga kejayaan akan mengiringi Pasukan Choral Speaking pada masa akan datang.


Wednesday 18 June 2014

RAMADHAN IS LOADING...

KUATKAN IMAN...TINGKATKAN AMAL...

Wednesday 11 June 2014

WELCOME BACK TO SCHOOL...


Hari ini merupakan hari terakhir cuti sekolah pertengahan tahun bagi adik-adik semua...tolak jumaat sabtu yer...Dah bersedia untuk ke sekolah???Atau masih dalam mood cuti???Nak taknak..ready tak ready..memang kena gi sekolah gak yer...redha jer la....
Okey lah pada adik-adik...Selamat Kembali Ke Sekolah, ingat masa sekolah adalah masa paling berharga untuk mengutip segala ILMU dan kenangan bersama rakan-rakan serta guru-guru.Jangan malas-malas yer sebab taknak nanti menyesal kemudian hari...

SALAM NISFU SYA'ABAN

Nisfu Sya'ban : Fadhilatnya Sahih TETAPI tiada amalan khusus pada hari tersebut


“Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Sya'ban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci)".
(Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadith ini dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. (jilid 3, .m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma`arf, Riyadh)

Berdasarkan hadith ini cukuplah bagi kita meningkatkan amalan kita pada malam tersebut mengikut cara yang telah diajar nabi dengan amalan harian seperti bangun solat tahajud, membaca al-Qur'an (jangan mengkhusus surah-surah tertentu untuk diabaca), berzikir dengan zikir-zikir mathur dan berdoa.

Daripada Aisyah ra berkata: (Adalah Rasulullah saw apabila berpuasa, sehingga kita menganggap Baginda tidak akan berbuka, dan apabila Baginda berbuka, seolah-olah kita akan menganggap Baginda tidak akan berpuasa, dan aku tidak pernah melihat Rasulullah saw menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan, dan aku tidak pernah melihat Baginda memperbanyakkan puasanya (selain bulan Ramadhan) melainkan pada bulan Sya’ban).
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Daripada hadith di atas kita juga disunnah memperbanyakkan puasa dalam bulan sya'baan TETAPI jangan kita mengkhususkan puasa pada nifsu syaa'ban dengan mengatakan sunnah untuk puasa pada nifsu syaa'ban.Hadith sahih hanya mengatakan sunnah untuk memperbanyakan puasa pada bulan sya'baan sahaja tiada hadith yang menyebut khusus tentang sunnah berpuasa pada nifsu sya'ban.

Jadi sesiapa yang hendak berpuasa pada hari nifsu sya'ban dengan niat aku berpuasa pada hari ini kerana nabi memperbanyakkan puasa pada bulan sya'ban maka sesunggunhnya dia telah mengikut sunnah.

TETAPI

Jika seseorang berpuasa pada hari nifsu sya'ban dengan niat aku berpuasa pada hari ini kerana nabi mengkhususkan puasa pada nifsu sya'baan maka sesungguhnya ini bukan sunnah daripada nabi dan amalan ini tertolak.

Sunday 8 June 2014

SALAM SYA'ABAN...RAMADHAN IS LOADING...


Monday 2 June 2014

KURSUS PEMANTAPAN SEKOLAH SKK 2014

KUALA TERENGGANU 29 -31 MEI 2014: Kursus Pemantapan Guru dan Staf  Sekolah SKK telah di adakan di Bilik Seminar Pejabat Felda Wilayah Terengganu, Tepoh.Pendaftaran peserta bermula pada jam 2.30 petang dan slot pertama iaitu sesi taklimat kursus bemula jam 3.00 petang pada hari tersebut.Kursus ini akan memantapkan lagi kebitaraan SKK iaitu Bahasa Inggeris Dan Bola Tampar.
Pihak sekolah telah mengundang En.Mat Lazim @ Mahasan bin Noor merangkap Penyelia Kanan Projek Khas / Asli / Kluster JPNT,Terengganu bagi memenuhi slot kedua yang mana lebih menekankan bagaimana pengurusan di sekolah SKK terutamanya.Semoga semangat guru dalam mendidik pelajar terus cemerlang dan diakhiri dengan kejayaan.

Pemantapan Bahasa Inggeris

Taklimat Khas Daripada En.Mat Lazim  JPNT
Penyampaian Penghargaan dan cenderahati kepada penceramah
Sebagai penganjur kursus, En.Mohd Amri ( GPK HEM ) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dalam menjayakan kursus ini.Semoga selepas ini SKKFST akan lebih berjaya bukan sahaja di Negeri Terengganu tetapi dimata dunia hendaknya. InsyaAllah......

Sunday 1 June 2014

CUTI TERANCANG 2014

 
MAKLUMAN KEPADA MURID-MURID TAHUN 6 & 5:
Program Cuti Terancang 2014 akan dilaksanakan. Disertakan jadual untuk rujukan.Terdapat perubahan yang dibuat oleh guru mata pelajaran masing-masing. Sebarang pertanyaan, bolehlah dibuat kepada pihak pentadbiran sekolah. Buat ibubapa dan penjaga, mohon bersabar dan kerjasama yang positif. Terima kasih. Harap Maklum