...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Saturday 30 June 2018

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2018 DISAMBUT MERIAH

26 Jun – Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri SK First tahun ini disambut meriah oleh  warga sekolah dan tetamu yang berkunjung bagi menikmati pelbagai juadah yang disediakan.
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung di Kantin sekolah bermula jam 9.00 pagi sehingga 1.00 petang  berlangsung dengan sungguh meriah dan warna warni.
Dengan kerjasama kelab Guru & Kakitangan serta PIBG, lebih 20 jenis juadah disediakan seperti Mee Kari, Lontong, Laksa & Laksam, Roti Jala, Ketupat Rendang, Pelbagai Manisan, Kuih Muih, Buah-buahan, dan banyak lagi.
Pada majlis hari itu juga, Warga SK First turut merasa teruja kerana Tuan KPPD Setiu yang baharu turut datang memeriahkan suasana walaupun hanya singgah sekejap kerana ada komitmen lain.
Harapan penganjur agar sambutan seperti ini akan terus dilaksanakan pada tahun-tahun akan datang dengan lebih meriah .
 Jom selongkar gambar sepanjang majlis berlangsung...banyak gambar lagi boleh dilihat dalam FB rasmi sekolah yer...

Maaf segala kekurangan sepanjang majlis. Semoga semua pihak berpuas hati. Semoga berjumpa lagi syawal tahun hadapan. In Shaa Allah.

Saturday 23 June 2018

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH WARGA SK FIRST

Setelah kita bercuti selama dua minggu sempena Cuti Pertengahan Penggal dan Cuti Hari Raya Aidilfitri, maka pada ini 24 Jun 2018, warga SKKFST kembali ke sekolah. Justeru itu saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat kembali bertugas kepada semua guru dan kakitangan serta selamat kembali belajar kepada semua murid. Tidak terlewat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua warga sekolah.

Sunday 10 June 2018

MAJLIS AMBANG AIDILFITRI 2018 DAN PENGAGIHAN DUIT RAYA

7 Jun : Selesai majlis Quran Hour, Satu majlis ringkas tapi penuh bermakna iaitu program ambang Aidilfitri telah diadakan sempena menyambut kedatangan 1 syawal 1439H dimana kaum muslimin dan muslimat merayakan hari yang penuh kesyukuran ini setelah menempuh bulan ramadhan Al Mubarak. Lebih meriah pada hari itu juga, murid memakai baju berwarna warni bagi mengambil mood raya. Terserlah wajah keriangan dimuka masing-masing.
 
Pihak sekolah juga telah memberikan sumbangan raya berbentuk duit raya kepada semua murid. Di akhir majlis, program bersalam-salaman antara guru dan murid serta semua warga SKKFST menandakan tanda kasih guru terhadap anak didiknya.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

1439H / 2018M

MAAF ZAHIR & BATIN


WORLD #QuranHour SATUKAN UMMAH

WORLD #QuranHour boleh dilihat program yang berjaya mempromosikan budaya membaca Al-Quran dalam umat Islam daripada pelbagai lapisan masyarakat, rentas budaya dan negara.
Dijalankan Secara serentak pada ruang waktu yang berbeza, umat Islam di seluruh dunia meluangkan masa selama sejam membaca, memahami dan menghayati ayat suci al-Quran. SKKFST turut tidak ketinggalan mengambil peluang keemasan ini apalagi dibulan seribu rahmat yang hanya datang setahun sekali. Tahniah kepada Panitia Agama Islam kerana berjaya menganjurkan program yang hebat ini.

Wednesday 6 June 2018

IFTAR JAMAIE 1439H / 2018 SK FIRST

Alhamdulillah selesai sudah Majlis Iftar yang telah diadakan pada semalam 6 Jun 2018 anjuran Panitia Agama Islam. Majlis ini bertempat di kantin sekolah dan dihadiri oleh warga sekolah dan juga jemputan-jemputan vip yang dijemput.Majlis bermula seawal pukul 6 petang dengan persiapan juadah berbuka. Sementara menunggu waktu berbuka, majlis tahlil yang diketuai oleh En. Abdul Aziz bin Salam ( Naib YDP PIBG ) telah diadakan.

 
Pihak sekolah, Jawatankuasa PIBG dan Kelab Guru & Kakitangan SKKFST  mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir bagi meraikan majlis yang telah diadakan sempena bulan Ramadhan ini.

PROGRAM PENUTUP IHYA' RAMADHAN ( NUZUL & KHATAM AL-QURAN )

RABU, 6 JUN 2018 – Program Ihya' Ramadan, Nuzul & Khatam Al-Quran telah diadakan di SKKFST.
Program anjuran Panitia Agama Islam ini merupakan aktiviti tahunan setiap kali  bulan Ramadhan tiba. Program dimulakan pada jam 8.30 pagi dengan ceramah sempena Nuzul Al-Quran yang disampaikan oleh Ustaz Rasidi bin Mat Salleh.
 Agenda program seterusnya adalah Majlis Khatam AL-Quran yang dipimpin oleh Ustaz Azman bin Ali Akmal. Program pada pagi itu tamat pada pukul 12.30 tengahari.
Tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi Ramadhan mulia akan meninggalkan kita semua. Semoga segala kerja buat kita sepanjang Ramadhan kali ini mendapat keberkatan Nya jua. Sama-sama kita berdoa semoga kita akan bertemu lagi ramadhan akan datang.