...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Tuesday 21 February 2012

"PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH" 1433H/2012


Umat Islam seluruh Malaysia telah menyambut Maulidur Rasul SAW yang jatuh pada 5 Februari 2012, bersamaan 12 Rabiulawwal 1433 Hijrah. Tema yang dipilih pada kali ini (2012) ialah “PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH”, selaras dengan tema Maal Hijrah 1433.
Di peringkat sekolah, Sambutan Maulidur Rasul SAW Tahun 2012/1433H telah diadakan pada 21Februari 2012M,  Beberapa aktiviti yang dimasukkan dalam aturcara sambutan termasuklah:
  • 8.00pg-Berhimpun di tapak perhimpunan mengikut rumah masing-masing
  • 8.30pg-Perarakan Maulidur Rasul (dari sekolah ke Masjid Ladang Fikri)
  • 9.00pg-Ceramah sempena Maulidur Rasul Oleh Pegawai Penyelaras KAFA
  • 10.00pg-Bertolak balik ke sekolah
  • 10.30pg-Menjamu selera
  • 11.00pg-Murid-murid berkumpul di kantin
  • 11.15pg-Pertandingan mewarna (tahap 1) dan Nasyid (tahap 2)
  • 1.00ptg-Majlis penyampaian hadiah