...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Tuesday 30 October 2018

FUN RACE CHALLENGE 3.0

 30 Oktober 2018 - Kuala Berang, 4 orang murid telah mencabar diri dalam satu game yang dinamakan ' Fun Race Challenge ' yang telah diadakan di SK Seri Berang hari ini. Namun rezeki tidak menyebelahi mereka pada kali ini apabila team SK First hanya menduduki tempat saguhati. Team Sk First dilatih oleh Sir Wan Izimi sebelum menyertai Fun Race ini. Walau apa pun warga SK First mengucapkan jutaan tahniah dan kami bangga dengan kamu semua.
1. Khalish Irfan
2. Amalia Edlina
3. C.W Nurina Aimi
4. Muhammad Danial Firdaus

Monday 29 October 2018

PASCA UPSR 2

25-27 OKTOBER 2018 - Boleh dikatakan aktiviti wajib setiap tahun pihak sekolah akan mengadakan lawatan untuk murid tahun 6. Tahun ini juga murid tahun 6 telah dibawa melawat ke Pulau Langkawi, Kedah selama 3 hari 2 malam.

KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE-9

TARIKH : 23-24 OKTOBER 2018
HARI : SELASA - RABU
TEMPAT : ARENA SUKAN SKKFST
TEMA : SUPERHERO

HARI PERTAMA 
 

HARI KEDUA
 Terima Kasih kepada semua warga dalam menjayakan kejohanan selama 2 hari dengan jaya dan meriah. Tahniah juga kepada semua pemenang dalam semua acara yang dipertandingkan.