...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Wednesday, 25 April 2012

"MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT"

"Muafakat membawa berkat" itulah pepatah yang boleh digunakan untuk semua warga SKKFST bagi menceriakan kawasan sekolah sempena Pencalonan Sekolah Kecemerlangan Kluster 2012.
Semoga usaha dan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak akan membuahkan hasil bagi meningkatkan lagi pencapaian sekolah terutama Murid SKKFST dan akan terus berkekalan hendaknya.
Amin.....

LANTIKAN PENGAWAS 2012



Tarikh : 15 April 2012
 Hari    : Ahad
 Masa  : 8.30 pagi

Lantikan Pengawas Dan Pengawas Perpustakaan bagi tahun 2012 telah diadakan.

Tuesday, 27 March 2012

PERTANDINGAN KO-AKADEMIK B.MELAYU 2012

TARIKH    :     26 MAC 2012
HARI         :     ISNIN
TEMPAT   :     SK KAMPUNG FIKRI ( SG TONG ) 21500 SETIU


JOHAN : BERCERITA TAHAP 2
( C.W.HAIFA IRDINA BT C.W.RALISYARDY )
JOHAN : PIDATO TAHAP 2
( SHAHIRA BT SAMSUDDIN )



KATEGORI : PIDATO TAHAP 2


KATEGORI : BERCERITA TAHAP 2


KATEGORI : BERCERITA TAHAP 1





Sunday, 18 March 2012

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KECEMERLANGAN UPSR 2011( YAYASAN TERENGGANU) KALI KE-33


TARIKH : 29 FEB 2012
TEMPAT : DEWAN SIVIK SUNGAI TONG
MASA : 9.00 PAGI

PERASMIAN : Y.B.HAJI ASHA'ARI BIN IDRIS
( PENGERUSI J/KUASA PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI NEGERI DUN LANGKAP )










Tuesday, 21 February 2012

"PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH" 1433H/2012


Umat Islam seluruh Malaysia telah menyambut Maulidur Rasul SAW yang jatuh pada 5 Februari 2012, bersamaan 12 Rabiulawwal 1433 Hijrah. Tema yang dipilih pada kali ini (2012) ialah “PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH”, selaras dengan tema Maal Hijrah 1433.
Di peringkat sekolah, Sambutan Maulidur Rasul SAW Tahun 2012/1433H telah diadakan pada 21Februari 2012M,  Beberapa aktiviti yang dimasukkan dalam aturcara sambutan termasuklah:
  • 8.00pg-Berhimpun di tapak perhimpunan mengikut rumah masing-masing
  • 8.30pg-Perarakan Maulidur Rasul (dari sekolah ke Masjid Ladang Fikri)
  • 9.00pg-Ceramah sempena Maulidur Rasul Oleh Pegawai Penyelaras KAFA
  • 10.00pg-Bertolak balik ke sekolah
  • 10.30pg-Menjamu selera
  • 11.00pg-Murid-murid berkumpul di kantin
  • 11.15pg-Pertandingan mewarna (tahap 1) dan Nasyid (tahap 2)
  • 1.00ptg-Majlis penyampaian hadiah



















Tuesday, 31 January 2012

LAWATAN JEMAAH NAZIR-PENCALONAN NEW DEALS

Lawatan Jemaah Nazir Ke SK Kampung Fikri (Sg Tong )
Tarikh:   31 Januari 2012
Masa  :  8.30 Pagi
Tempat:  SK Kampung Fikri (Sg Tong) Setiu

Pada 31Januari 2012, sekolah telah dilawati oleh  dua pegawai daripada Jemaah Nazir . Lawatan tersebut adalah untuk menilai SKPM sekolah tahun 2011  yang lalu. Penilaian ini adalah kerana  sekolah telah dicalonkan sebagai SBT ( Sekolah Berprestasi Tinggi ). Doa daripada warga sekolah dan juga ibu-bapa amat diharapkan agar semoga SKKFST berjaya di dalam penilaian ini.

Lawatan ini dibuat kerana untuk memantau New Deals… (Bai’ah Guru Besar ) kerana SKKFST mendapat markah SKPM tertinggi dan result UPSR lonjakan yang memberangsangkan…  dipilih untuk mendapat New Deals tu.Mudah-mudahan Allah memberi kemenangan kepada SKKFST kerana guru gurunya yang dedikasi dalam melakukan tugasan dalam P&P dan semua hal pengurusan Sekolah.. Amin!!

Sekalung tahniah kepada  guru besar kerana sebagai pentadbir dan pengurus, beliau sentiasa berada di barisan hadapan untuk memimpin institusi pendidikan yang sentiasa bertukar haluan mengikut badai semasa.





Salah satu perkara yang menarik perhatian ialah janji kerajaan untuk memberi ganjaran kewangan dan bukan kewangan kepada guru besar  yang mengatasi prestasi tertentu, iaitu skor Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) serta sasaran literasi dan numerasi (LINUS).






 Sepanjang penilaian Dibuat

Keberangkatan Balik Pegawai Nazir Diiringi Guru Besar

Akhir kata Sekalung Tahniah buat semua warga sekolah yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.Semoga Kejayaan adalah milik kita.Amin....

Tuesday, 3 January 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2012 &
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH UNTUK SESI 2012

Monday, 31 October 2011

MAJLIS KHATAM PINTAR AL-QURAN 2011


22 Oktober ( Sabtu )- Telah berlangsung majlis Khatam Pintar Al-Quran oleh murid-murid pra sekolah dan Kemas Negeri Terengganu.Seramai hampir 8000 peserta telah menghadiri majlis tersebut yang diadakan di Stadium Tertutup Gong Badak,Kuala Terengganu.Sk Kampung Fikri 
(Sg Tong) turut menghantar wakil seramai 5 orang yang diiringi Guru Pra Sekolah,Pn.Nik Mazlina binti Nik Abd Rahman.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu  Y.A.B Dato' Seri Ahmad Bin Said tepat jam 2.30 petang hari tersebut.

Sunday, 30 October 2011


Tuesday, 4 October 2011

MAJLIS PENYERAHAN eBOOK TAHUN 4






Isnin 3 Oktober 2011 Majlis Pelancaran dan Penyerahan eBOOK bagi tahun 4 telah diadakan di Dewan Orang Ramai Pekan Seri Langkap yang dirasmikan oleh Y.A.B Dato' Ahmad bin Said,Menteri Besar Terengganu. MB telah menyampaikan kira-kira hampir 560 unit Notebook kepada murid tahun 4 DUN Langkap.

Murid-murid ditemani ibu bapa masing-masing sangat gembira dengan penyerahan eBOOK tersebut.Semoga dengan prihatin Kerajaan Negeri Terengganu untuk melihat kejayaan anak didik Terengganu lebih berjaya terutama dalam bidang ICT dapat dimanfaatkan oleh mereka.