...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Wednesday, 31 December 2014

SELAMAT DATANG GURU BESAR BARU

Selamat datang cikgu! Warga SKKFST ingin mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Guru Besar yang baharu, En.Zainuddin bin Dollah ke SK Kampung Fikri ( Sg Tong ) yang sebelum ini merupakan Guru Besar di SK PuteraJaya,Setiu.
yang sebelum ini merupakan Penolong Kanan Pentadbiran SK Seri Budiman sebagai

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
yang sebelum ini merupakan Penolong Kanan Pentadbiran SK Seri Budiman sebagai

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
yang sebelum ini merupakan Penolong Kanan Pentadbiran SK Seri Budiman sebagai

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Beliau  memulakan tugasnya yang pertama di sekolah ini pada 16 Disember 2014 sebagai seorang Guru Besar yang ke-8, menggantikan Mantan Guru Besar Pn. Zakiah binti Hasshim yang telah tamat perkhidmatannya di sini pada 12 Oktober 2014 lepas. Sekali lagi, kami mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Cikgu Zainuddin bin Dollah. Mudah-mudahan agar beliau boleh terus berkhidmat di sini sehingga akhirnya dan sekolah ini akan terus menerpa kecemerlangan dalam pendidikan.

Tuesday, 30 December 2014

Kursus LADAP untuk Guru




31 Dec : Kursus ini telah di adakan di Makmal komputer bermula 10.30 pagi tadi dan berakhir 4.00 petang yang dihadiri semua guru.
Semoga semangat guru dalam mendidik murid-murid terus cemerlang dan diakhiri dengan kejayaan.

  Penerangan tentang SKPM 2003 oleh Puan Rosliwati binti Sidik Ahmad ( Pen. Kanan Pentadbiran )
Penerangan DSKP RBT Tahun 5 oleh Cikgu Md Hesahm bin Ismail





Penerangan DSKP Sejarah, PSV Dan Sains Tahun 5 oleh Cikgu Yuzrida binti Awang
Penerangan tentang SKPM 2010 oleh Cikgu Mohd Amri bin Hussain ( Pen Kanan HEM )
Penerangan DSKP Muzik Dan Bahasa Melayu Tahun 5 oleh Cikgu Siti Rokiah binti Sidek




Saturday, 6 December 2014

SALAM AHAD

Monday, 1 December 2014

SAMA-SAMA KITA RENUNGI


Saturday, 29 November 2014

~~ WELCOME DECEMBER ~~~

Ooopssss !! dah nak masuk 1 Disember esok .. cepat masa berlalu kan ?? dah hujung tahun pun sekarang nie .. tahun baharu dah nak datang .. korang dah capai semua azam korang yang di tahun 2014 nie ke belum ? kalau dah, Alhamdulillah .. kalau belum .. cepat-cepat lar usaha berbuat demikian yea.. :)

Wednesday, 26 November 2014

SELAMAT BERCUTI!!!


INGAT YER ADIK-ADIK!!!


SELAMAT BERHUJUNG MINGGU


Tuesday, 25 November 2014

BILA RESULT DAH KELUAR!!!

Calon UPSR bersama guru-guru dan mantan Guru Besar bergambar kenangan selepas keputusan diumumkan.
26 Nov 2014 ( Rabu ) secara rasminya keputusan UPSR 2014 telah diumumkan oleh Penolong Kanan 1 SKKFST tepat jam 10.20 pagi hari ini.Keputusan tersebut telah diumumkan di hadapan ibu bapa / penjaga yang turut sama hadir dan menunggu dengan penuh debar.Seramai 4 orang calon yang telah berjaya mendapat keputusan 5A.Tahniah dan syabas diucapkan kepada yang telah berjaya.Bagi yang kurang berjaya, ini bukan noktah bagi perjuangan anda.Anda boleh mencuba lagi di peringkat yang lebih tinggi iaitu di Sekolah Menengah nanti.In Sya Allah.....
Inilah wajah-wajah cemerlang UPSR 2014 ( Dari kanan : Adik Wan Nur Anisah bt Wan Zakaria, Adik Khalil bin Fikri, Adik Muhammad Nur Eiman bin Norudin dan Adik Wan Nurhafiz Azim bin Che Wan Ralisyardy )
TAHNIAH!!!!!!


Sunday, 23 November 2014

YANG MANA SATU ???

Selamat Bercuti dan Jaga Diri...!!!