Sunday, 22 September 2019
Wednesday, 18 September 2019
Tuesday, 17 September 2019
Monday, 16 September 2019
PENUTUP BULAN KEBANGSAAN SK FIRSTS MERIAH
at
18:06
Pada tanggal 15 September yang lalu, satu majlis penutupan Bulan
Kebangsaan yg ke 62 peringkat sekolah telah dilaksanakan, bertempat di Dataran SK Firsts Seluruh warga telah terlibat dalam majlis
ini. Bertemakan " Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih ". Sambutan yang penuh warna-warni disambut dengan meriah dan kesyukuran.
Secara ringkasnya pada majlis tersebut telah diadakan:
1. Nyanyian lagu Patriotik
2. Perarakan Merdeka
1. Nyanyian lagu Patriotik
2. Perarakan Merdeka
3.Pertandingan mewarna Tahap 1
4. Pertandingan melukis poster Tahap 2
5. Pertandingan Pakaian Beragam (Tema Kemerdekaan)
6. Ucapan Perasmian penutup
5. Pertandingan Pakaian Beragam (Tema Kemerdekaan)
6. Ucapan Perasmian penutup
Murid pra sekolah yang comel bersama pakaian bertemakan Merdeka
Ucapan Tuan Guru Besar Cikgu Zainuddin bin Dollah
Bacaan doa dipimpin oleh Ustaz Rasidi bin Mat Salleh
Perarakan merdeka yang disertai semua murid dan guru
Gimik Pelancaran yang disempurnakan oleh Tuan Guru Besar Cikgu Zainuddin bin Dollah
Para pentadbir sekolah tidak ketinggalan memperagakan pakaian masing-masing
warna-warni ulang tahun kemerdekaan
Pertandingan pakaian beragam. Semua cantik dan hensem
Pertandingan mewarna Tahap 1
Pertandingan melukis poster Tahap 2
Pemenang pakaian merdeka paling menarik telah dimenangi oleh para pentadbir
Sambutan Bulan Kebangsaan SKKFST adalah acara tahunan bagi menyemarakkan semangat patriotik serta
cintakan negara dalam kalangan murid serta guru.
SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1441H
at
17:46
Maal Hijrah atau Awal Muharam merupakan suatu hari yang penting bagi
umat Islam. Ia merupakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah
Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah
ke Kota Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu, berlaku
pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Tahun Hijrah Rasulullah
SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi
kalendar Hijrah.
Rentetan daripada memperingati peristiwa bersejarah ini, Majlis sambutan Maal Hijrah 1441H telah dilaksanakan pada tanggal 12 Sept 2019 (Khamis), di SKKFST. Program
ini bertujuan untuk memberi pemahaman kepada murid-murid tentang maksud
hijrah yang sebenarnya dan mengetahui plot penghijrahan Nabi Muhammad
SAW dan para sahabat. Selain itu, murid-murid dapat mengambil iktibar
daripada peristiwa hijrah dan dapat menambah pemahaman dalam subjek
Pendidikan Islam.
Wednesday, 4 September 2019
Tuesday, 3 September 2019
Monday, 2 September 2019
SELAMAT MAJU JAYA KEPADA CALON UPSR 2019
at
23:43
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Esok 4/9/2019 merupakan hari
pertama bagi calon-calon UPSR meduduki peperiksaan
UPSR bagi sesi 2019. Sama-samalah kita doakan semoga anak didik kita
semua di berikan kesihatan yg baik sepanjang menduduki peperiksaan ini,
di berikan ketenangan, di permudahkan menjawab soalan peperiksaan dan
semoga jawapan yg di berikan bertepatan dengan kehendak soalan serta
berjaya dengan cemerlang.
Kepada anak-anak SK Firsts khasnya, sentiasalah tenangkan diri dan sentiasalah yakin dengan jawapan yang di berikan. Selama ini kamu sudah bersusah payah dan sentiasa bersedia menghadapi peperiksaan, jadi tiada sebab utk melakukan kesilapan yang tak sepatutnya. Selain usaha dan doa, bertawakkallah kepada Allah S.W.T, semoga ilmu yg di pelajari selama ini mendapat keberkatan daripada Nya. Aamiin..
Kepada anak-anak SK Firsts khasnya, sentiasalah tenangkan diri dan sentiasalah yakin dengan jawapan yang di berikan. Selama ini kamu sudah bersusah payah dan sentiasa bersedia menghadapi peperiksaan, jadi tiada sebab utk melakukan kesilapan yang tak sepatutnya. Selain usaha dan doa, bertawakkallah kepada Allah S.W.T, semoga ilmu yg di pelajari selama ini mendapat keberkatan daripada Nya. Aamiin..
RESTU ILMU DAN AMANAT TERAKHIR GURU-GURU
Cikgu halalkan segala ilmu yang telah cikgu curahkan. Semoga kalian mendapat kejayaan yang cemerlang.
SELAMAT MAJU JAYA
Subscribe to:
Posts (Atom)






















































