...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Tuesday, 15 October 2019

KEJOHANAN BOLA TAMPAR SEMPENA BULAN SUKAN NEGARA

Bulan Sukan Negara yang dahulunya dikenali sebagai Hari Sukan Negara telah ditambah baik dengan pelaksanaan secara berterusan sepanjang bulan Oktober menggunakan konsep yang lebih mudah dan menarik orang ramai. Ianya adalah satu agenda Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bagi membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat dengan mendorong mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan, kecergasan dan rekreasi.
Mengambil inisiatif tersebut, Unit Kokurikulum SKKFST telah mengadakan satu kejohanan Bola Tampar antara rumah sukan pada 15 Oktober ( Selasa ).
Acara dimulakan dengan pemanasan badan iaitu senamrobik yang dikendalikan oleh instructor hebat
Aksi-aksi sepanjang perlawanan yang sempat dirakam lensa admin
Ucapan perasmian penutup disempurnakan oleh Cikgu Faizal bin Din, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SKKFST
Penyampaian hadiah kepada pemenang.
Johan Perempuan : Rumah Merah
Johan Lelaki : Rumah Kuning
Penyampaian cenderamata kepada para pengadil dan warga kerja
TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA SEMUA PESERTA DAN PEMENANG. JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA WARGA SKKFST DI ATAS SEGALA KOMITMEN YANG TELAH DIBERIKAN.


PROGRAM PEMAKANAN SIHAT PRASEKOLAH

 TARIKH : 15 OKT 2019
HARI : SELASA
OBJEKTIF : MENYEDIAKAN MAKANAN BERKHASIAT KEPADA KANAK-KANAK PRASEKOLAH
JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA IBU BAPA YANG HADIR. KERJASAMA DAN KOMITMEN DARIPADA SEMUA SANGAT KAMI HARGAI.

PEMBANGUNAN OLAHRAGA MSSD B11

 TARIKH : 14 OKT 2019
HARI : ISNIN
TEMPAT : SMK BUKIT NENAS

PENCAPAIAN :
PINGAT EMAS LOMPAT JAUH - ADIK NUR AYRIEN SAFFIYYAH BT NORAZLAH SHAH
PINGAT GANGSA LOMPAT JAUH - ADIK NUR DINI AFRINA BT MOHD KAMARUZAMAN
TAHNIAH DAN SYABAS

Saturday, 5 October 2019

WONDERBOK VOLLEYBALL CHALLENGE NATIONAL LEVEL 2019


 
 TARIKH : 4 - 5 OKT 2019
HARI : JUMAAT - SABTU
TEMPAT : DEWAN DATO' SERI AMAR DIRAJA, CHUKAI KEMAMAN

 SYABAS DAN TAHNIAH THE GIANT'S TEAM...WALAUPUN TIDAK BERJAYA KAMU TETAP MENANG DIHATI WARGA SEKOLAH. KITA CUBA LAGI DILAIN MASA
Pada kejohanan kali ini turut berlangsung sesi menandatangani MOU tanda jalinan dalam Arena Sukan Bola Tampar antara sekolah-sekolah yang menyertai kejohanan. TAHNIAH..