...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Monday, 10 February 2020

KEJOHANAN BOLA TAMPAR B12 MSST

 Kemaman - Pada 7-8 Februari 2020 telah berlangsung KEJOHANAN BOLA TAMPAR B12 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU bertempat di Kolej Vokasional Kemaman. Pasukan Setiu telah diwakili oleh peserta dari SKKFST dan SKLJ. Dalam kejohanan kali ini pasukan L12 telah mendapat JOHAN PLATE dan P12 mendapat NAIB JOHAN CUP. Turut hadir adalah bekas jurulatih utama pasukan iaitu Cikgu Mohd Sabri Mohd selain guru-guru pengiring.

" SETIU SOHOR " 

Sunday, 2 February 2020

PERTANDINGAN MEMANAH MSSD SETIU 2020

PERTANDINGAN MEMANAH MSSD SETIU
TARIKH : 30 JANUARI 2020
HARI : KHAMIS
TEMPAT : SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG

KEPUTUSAN RASMI

PUSINGAN INDIVIDU
*LELAKI 12 TAHUN*

1. MUHAMMAD AMSYAR BIN MOHD AMRI *SK KG JAYA*
2. MUHAMMAD ARHAM BIN MOHD AMRI *SK KG JAYA*
3.ADAM AZFAR BIN MAZLAN *SK KG BUKIT*
4.MUHAMMAD HASRUL BIN RAMLI *SK KG FIKRI ST*
5. MUHAMMAD SUFI ZAFRAN BIN MOHD NADZRI @ SAM *SK KG JAYA*

*PEREMPUAN 12 TAHUN*

1.NUR ADRIENA DANISHA BINTI SURHAN *SK KG FIKRI ST*
2.NUR ARIFAH SYASYA BINTI YUSAIMMI *SK KG FIKRI ST*
3.NUR SYARIZATUL ARRIESYA BINTI KAMALUNIZAM *SK KG FIKRI ST*
4.AZRA HANNAN BINTI MOHD NOR AZMI *SK KG FIKRI ST*


*OLIMPIK ROUND INDIVIDU*

1.NUR ADRIENA DANISHA BINTI SURHAN *SK KG FIKRI ST*

2. MUHAMMAD AMSYAR BIN MOHD AMRI *SK KG JAYA*

3.MUHAMMAD ARHAM BIN MOHD AMRI *SK KG JAYA*

4.NUR ARIFAH SYASYA BINTI YUSAIMMI *SK KG FIKRI ST*

KEJOHANAN BOLA JARING ZON SETIU TIMUR

 TARIKH : 29 JAN 2020
HARI : RABU
TEMPAT : SK BUKIT MUNDOK
KEPUTUSAN : NAIB JOHAN ZST
" TAHNIAH KEPADA PASUKAN DAN JURULATIH SERTA SEMUA YANG TERLIBAT "

33 ORANG PEMIMPIN KECIL DIIKTIRAF

TARIKH : 22 JAN 2020
HARI : RABU
Tahniah diucapkan...semoga pengiktirafan ini dapat meningkatkan tahap motivasi untuk menjalankan tugas dengan baik serta meningkatkan imej sekolah kita.

PERTANDINGAN BOLA TAMPAR B12 MSSD

 TARIKH : 20-21 JAN 2020
TEMPAT : SK LEMBAH JAYA

KEPUTUSAN : LELAKI - NAIB JOHAN DAERAH
PEREMPUAN - JOHAN DAERAH
TAHNIAH KEPADA TEAM FIRST KERANA MASIH MENGEKALKAN NAMA FIRST DI TEMPAT PALING ATAS DALAM ARENA BOLA TAMPAR SETIU

Monday, 20 January 2020

MAJLIS HI-TEA SEMPENA PERTUKARAN GURU DAN STAF

Tarikh : 19 Januari 2020
Hari : Ahad
Tempat : Duyong Marina & Resort, Pulau Duyong
 Warga SKKFST bersama mantan GB dan guru-guru yang pernah berkhidmat di SKKFST
 Ucapan insan yang dirai
"Semoga ukhwah kita akan terus kekal walau di mana kita berada
banyak kenangan yang telah kita cipta bersama, semoga segalanya kekal diingatan semua.."

Saturday, 18 January 2020

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2020 SELESAI

16  JANUARI-  Kejohanan Merentas Desa merupakan salah satu aktiviti tahunan SKKFST yang sering mendapat sambutan dan sokongan yang menggalakkan dalam kalangan warga sekolah dan ibu bapa. Aktiviti ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SKKFST. Pungutan mata dalam acara ini merupakan penyumbang besar kepada mata semua rumah sukan yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Olahraga Tahunan setiap tahun. Pada tahun ini seperti biasa, acara merentas desa ini melibatkan semua murid yang  mewakili 4 buah rumah sukan iaitu Merah, Hijau, Kuning dan Biru.
Aktiviti bermula seawal jam 8.00 pagi dimana murid-murid membuat aktiviti memanaskan badan dan  Selepas itu, penyelaras kejohanan telah memberikan taklimat  keselamatan kepada semua peserta yang mengambil bahagian.
     Tepat jam 8.30 pagi, acara merentas desa dimulakan. Peserta telah dilepaskan oleh Tuan Guru Besar SKKFST Cikgu Mazlan bin Che Ismail mengikut kategori.
  Kejohanan pada tahun ini berjalan lancar kerana mendapat bantuan keselamatan daripada anggota keselamatan TDM. 
Tahniah dan syabas kepada pasukan Merah kerana berjaya menjadi juara keseluruhan dalam Kejohanan Merentas Desa Tahun ini.

MAJLIS PENUTUP PROGRAM TRANSISI TAHUN 1

Pada 15 Januari 2020 yang lalu, Jawatankuasa Program Transisi Tahun 1 SKKFST telah mengadakan Majlis Penutup Program Transisi Tahun 1  yang telah dihadiri oleh para ibu bapa dan penjaga murid-murid Tahun 1. Majlis Penutup ini adalah acara kemuncak kepada Program Transisi Murid Tahun 1. Program Transisi ini merupakan satu inisiatif untuk mempersiapkan murid-murid tahun 1 dan membiasakan diri mereka dengan aktiviti harian dan persekitaran sekolah sebelum memulakan sesi pembelajaran sebenar.
Antara aktiviti sepanjang program transisi tahun 1 sesi 2020
Kepada semua murid Tahun 1, 
selamat memulakan sesi pembelajaran di sekolah rendah.
Semoga terus cemerlang dan mencipta  pelbagai kejayaan dan pengalaman berguna
sepanjang berada di SKKFST.