...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Monday, 29 October 2018

SPELLING COMPETITION NATIONAL LEVEL

 Tarikh : 20.10.2018
Hari : Sabtu
Tempat :Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu
Anjuran : SK Kuala Berang


SIHAT MILIKKU...KAMI NAK SIHAT..

 18.10.2018 ( Khamis ) - Bertempat di SK Kampung Tayor, Majlis penutup program penurunan berat badan kalangan murid sekolah telah diadakan. Antara Aktiviti yang diadakan seperti 
1. Senamrobik beramai - ramai
2. Pertandingan senaman suku suku separuh
3. Pertandingan memasak sandwich sihat
4. Pertandingan mewarna
5. Kuiz
 apa-apa hal kita timbang dulu...kita tengok positif ke negatif berat nya...
 Senamrobik bersama insruktor dari KK Setiu
 Peserta memasak sandwich sihat - JOHAN
 Pertandingan mewarna dan kuiz

PERKHEMAHAN PENGAKAP PERINGKAT DAERAH

Tarikh : 16-17 Oktober 2018
Hari : Selasa - Rabu
Tempat : Kem Pengakap Merbau Menyusut
 Majlis Penutup
Guru Pengiring merangkap S/U Kokurikulum Ustaz Rasidi bin Mat Salleh

ANUGERAH EMAS

16 Oktober - Bertempat di Dewan Za'ba, Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya. Tuan Guru Besar telah hadir untuk menerima Anugerah Emas untuk satu program yang diadakan di sekolah iaitu ' A Word A Day '. Program di bawah Kebitaraan Bahasa Inggeris yang dikelolakan oleh Sir Wan Izimi bin Wan Md Zin. ' A Word A Day ' bermaksud setiap hari akan ada seorang murid membaca satu perkataan beserta maksud serta ayat nya sekali dan murid-murid yang lain akan ikut. Tahniah Sir Wan Izimi dan warga SKKFST.


Sunday, 28 October 2018

PASCA UPSR 1

 PASCA UPSR siri 1- murid tahun 6 telah diajar bagaimana menanam sayur secara hidroponik. Tanaman yang dipilih adalah salad.Mereka telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan masing-masing akan menjaga tanaman mereka setiap hari demi memastikan perkembangan tanaman mereka mengikut masa yang telah diberikan.

EXPLORACE FOR FUN !!!

26 Oktober 2018 - Jumaat - Bitara Bahasa Inggeris Di bawah pengelolaan Sir Wan Izimi dan ajk-ajk yang lain telah mengadakan satu program untuk murid tahap 2 yang dinamakan ' explorace'. Tujuan program diadakan adalah untuk mengasah minda dan mencungkil bakat dikalangan murid terutama dalam Bahasa Inggeris. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program. Tahniah kepada semua yang telah terlibat samada secara lngsung atau tidak langsung.

HARI SUKAN NEGARA

13.10.2018 ( SABTU )

 Aktiviti memanaskan badan sebelum acara lain dilakukan

Jutaan terima kasih kepada semua warga SKKFST diatas komitmen yang telah diberikan.