...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Tuesday, 18 June 2019

SAHIBBA CABARAN BARU

Rabu - Pertandingan Sahibba Zon Setiu Timur 2019 telah menyaksikan pasukan dari SK First berjaya meraih tempat ketiga dan keempat daripada pasukan-pasukan yang bertanding sekaligus melayakkan diri ke peringkat Daerah. Pertandingan yang diadakan di SK Tayor pada 12 Jun 2019 itu bertujuan menguji kemahiran berfikir para peserta untuk membina kosa kata dalam bahasa Melayu yang tepat dan betul seperti yang terkandung dalam Kamus Dewan.
 Tuan Guru Besar, Cikgu Zainuddin turut turun padang menyaksikan peserta bertanding
Selasa - 18 Jun 2019, Pertandingan Sahibba peringkat Daerah Setiu telah diadakan di Dewan Terbuka SMK Putera Jaya. Peserta SK First telah berjaya mendapat tempat kelima dan keenam daripada semua peserta. Tahniah kepada peserta dan guru pengiring Cikgu Hasnu Bariyah bt Yaacob. Kita cuba dilain masa.

Sunday, 16 June 2019

AIDILFITRI DISAMBUT...TANDA KESYUKURAN...

MERIAH, 13 Jun – Sambutan Hari Raya Aidilfitri masih menjadi tradisi tahunan SK First seperti biasa.
Majlis Sambutan Aidilfitri berlangsung dalam suasana meriah yang bertemakan ‘kampung lama’  kerana warga First amat teruja untuk menonjolkan semangat raya pada zaman dahulu. Sambutan Aidilfitri peringkat sekolah sungguh meriah di mana murid berpeluang menggayakan pakaian hari raya masing-masing
Sebanyak 12 buah 'booth' telah disediakan yang menghidangkan pelbagai menu raya yang amat menyelerakan.Para tetamu turut dihiburkan dengan pelbagai persembahan daripada murid mahupun para guru serta karaoke lagu Raya.
Antara menu yang menarik seperti Roti Jala Kuah Kari, Ketupat Rendang, Mee kari, Laksa Penang dan Laksa Putih, Manisan-manisan dan banyak lagi.
Turut hadir memeriahkan Sambutan Aidilfitri Sk First adalah Kakitangan Klinik Kesihatan Sungai Tong, rakan-rakan strategik, Kakitangan PPD Setiu dan JPNT serta ramai lagi. 






Harapan penganjur agar sambutan seperti ini akan terus dilaksanakan pada tahun-tahun akan datang dan dijadikan acara tahunan disamping mengeratkan lagi hubungan silatulrahim antara warga sekolah bersama komuniti.
 

Wednesday, 22 May 2019

SELAMAT BERCUTI PERTENGAHAN TAHUN 2019


Admin mengucapkan selamat bercuti panjang pada semua murid-murid dan para pendidik di seluruh Malaysia. Cuti ini bermula dari 24 Mei 2019 (Jumaat) - 9 Jun 2019 (Ahad). Sekolah akan dibuka semula pada 10 Jun 2019 (Isnin)..Semoga berada dalam makluman ibu bapa/penjaga.
Diharapkan semua murid dapat jaga diri dan manfaatkan masa cuti dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

Pesanan ringkas....

MAJLIS AMBANG AIDILFITRI SK FIRST LAMBANG KESYUKURAN

Selasa, 21 Mei 2019 - Satu majlis ringkas pengagihan duit raya kepada semua murid telah diadakan. Majlis diakhiri dengan acara bersalam-salaman  dan bermaaf-maafan di antara guru dan murid sempena menyambut kedatangan Syawal.
 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

1440H / 2019M

MAAF ZAHIR & BATIN

Monday, 20 May 2019

MAJLIS KHATAM AL-QURAN & IFTAR

20 Mei 2019 - 15 Ramadhan 1440h , SK FirST telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa Sempena Ihya’ Ramadhan Anjuran Panitia Pendidikan Islam.
Majlis ini adalah majlis tahunan SK FirST bagi meraikan warga sekolah yang berjaya mengkhatamkan Al-Quran di bulan Ramadhan.
Pertandingan nasyid dan iqamat turut diadakan pada tahun ini untuk memeriahkan lagi majlis.
 Terima kasih kepada Mamadil Susu Rizqi kerana menaja susu untuk semua warga pada majlis semalam
 Akhir kata kerjasama dan sokongan semua warga SK FirST, pihak pengurusan mengucapkan jutaan terima kasih. Didoakan semoga segala amalan dan kebajikan yang kita lakukan di Ramadan kali ini diterima dan mendapat keredhaan dari Allah S.W.T.