...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Monday 21 May 2012

LAWATAN DARI SK SUNGAI LAS

22 Mei 2012 (Selasa) - SKKFST  telah menerima satu lawatan  dari SK Sungai Las pada hari ini diketuai oleh Tuan Guru Besar SK Sungai Las ,Mohd Ghazali bin A Rahman. Lawatan ini untuk melihat secara dekat cara susunan dan pengurusan fail SKKFST. Untuk makluman, SKKFST merupakan salah sebuah calon sekolah kluster kecemerlangan  daerah Setiu yang akan dinilai pihak panel SKK pada pertengahan Jun ini. Semoga perkongsian maklumat ini memberi panduan dan gambaran yang berguna pada masa akan datang. Pihak SKKFST  mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada SK Sungai Las.




No comments:

Post a Comment