...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Sunday 17 February 2013

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2013

Telah diadakan pada hari Khamis, 14 Februari 2013. PK HEM mewakili Puan Guru Besar telah melepaskan peserta untuk memulakan larian sejauh 5 km. Rumah Hijau masih mengekalkan kejuaraan keseluruhan diikuti oleh Rumah Merah, Rumah Kuning dan Rumah Biru.

Taklimat kejohanan disampaikan oleh Cikgu Md Hesham sebelum memulakan larian.Taklimat berkenaan  menerangkan peraturan dan laluan pertandingan yang akan dilalui
Sebelum memulakan pertandingan, para peserta telah melakukan acara memanaskan badan terlebih dahulu. Acara memanaskan badan diketuai oleh Cikgu Mohd Sabri
Peserta bersiap sedia untuk dilepaskan.
Larian bermula dari luar pagar sekolah, melalui jalan ladang fikri, dan akhirnye ke SK Kg Fikri semula dengan jarak lebih kurang 5 kilometer jauhnya.
Johan keseluruhan acara merentas desa bagi tahun ini telah diungguli oleh rumah Hijau mengalahkan tiga rumah sukan yang lain. Majlis diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah dan berakhir jam 1.00 tengahari.
 



 

No comments:

Post a Comment