...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Saturday 6 July 2013

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG KALI KE 4 TAHUN 2013

Setiu 3-4 Julai 2013 (Rabu & Khamis). Alhamdulillah...Bertempat di Arena Fikri  dengan disaksikan oleh kehadiran hampir 100 tetamu, murid, guru dan para atlet yang mengambil bahagian, telah berlangsung upacara gilang-gemilang Majlis Pembukaan Rasmi Kejohanan Balapan Dan Padang SKKFST kali ke-4 tahun 2013. Kejohanan kali ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Dollah bin Mat Ali merangkap YDP PIBG SKKFST.Tuan YDP  melalui ucapan perasmiannya telah menyarankan bahawa penglibatan para murid  dalam kejohanan berprestij seperti ini memerlukan pengorbanan yang jitu dari semua pihak iaitu atlet itu sendiri, para jurulatih dan ibubapa sebagai pendorong dan pemberi semangat kepada murid yang mengambil bahagian. Kejohanan pada kali ini juga turut menyaksikan sebanyak 4 kontigen yang telah mengambil bahagian iaitu terdiri daripada rumah Kuning,Rumah Biru,Rumah Hijau dan Rumah Merah. 
 Kejohanan pagi yang damai itu dimulakan dengan perbarisan masuk lintas hormat daripada rumah-rumah sukan yang bertanding.
 Bacaan doa oleh Cikgu Wan Izimi..Ucapan Alu-aluan oleh Cikgu Rosliwati mewakili Puan Guru Besar Dan Ucapan Perasmian oleh YDP PIBG SKKFST Tuan Haji Dollah bin Mat Ali.
Penuh Semangat!!!..Lafaz ikrar kejohanan diketuai oleh adik Muhammad Nur Ieman bin Norudin.
Barisan atlet yang akan berjuang habis-habisan demi mencari gelaran JUARA.

Kami kongsikan bersama gambar-gambar kejohanan yang sempat dirakamkan oleh jurulensa SKKFST.
Majlis penyampaian yang telah disempurnakan oleh Tuan Haji Dollah bin Mat Ali.
 
kehadiran ibu bapa memeriahkan suasana kejohanan  tersebut.
JUARA keseluruhan telah dirampas oleh Rumah Kuning yang buat pertama kalinya berjaya merampas gelaran JOHAN sekaligus menewaskan juara bertahan iaitu Rumah Biru !!! 
Keputusan Akhir adalah : 

Tempat ke - 4 : Rumah Merah
Tempat ke - 3 : Rumah Hijau
Naib Johan : Rumah Biru
Johan : Rumah Kuning

*** Tahniah dan Syabas kepada yang menang...yang tewas usah menjerut rasa..cuba lagi dilain acara..lain masa...

AKHIR KATA JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA YANG TERLIBAT MENJAYAKAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE 4 TAHUN 2013 SAMADA SECARA LANGSUNG 
ATAU TIDAK LANGSUNG.
KITA JUMPA LAGI TAHUN DEPAN!!!


No comments:

Post a Comment