" Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku "
Tema itu lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik
dan kesatuan negara bangsa. Tema ini dipilih bagi memberikan peringatan
kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan negara di samping
mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan negara. Konsep sambutan
Hari Kemerdekaan pada tahun ini akan lebih menjurus kepada elemen-elemen
perpaduan, patriotik, kedaulatan dan keselamatan negara.
No comments:
Post a Comment