...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Sunday 29 December 2013

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2014

Selamat kembali ke sekolah diucapkan kepada semua warga SKKFST. Rabu ini akan  bermulanya sesi persekolahan untuk tahun 2014. Selamat datang diucapkan kepada seorang guru baru yang memulakan tugas di SKKFST  iaitu Pn.Zurina Azra binti Che Abdul Rashid dari SK Taman Panglima Taiping,Perak. Semoga dengan kehadiran cikgu akan menambah mutu dan meningkatkan prestasi para pelajar di sekolah ini.

Namun begitu, terima kasih juga diucapkan kepada seorang bekas guru yang pernah berkhidmat di SKKFST ini iaitu Pn. Nor Mastura binti Setapa yang telah pun bertukar ke SK Mengabang Telipot bermula 01.01.2014 nanti. Segala jasa baik cikgu  akan kami kenang hingga ke akhir hayat.

No comments:

Post a Comment