...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Tuesday 16 July 2019

SAMBUTAN MINGGU SIHAT KELAB DOKTOR MUDA SEKOLAH SEKOLAH DAERAH SETIU 2019

 Tempat : SK Putera Jaya
Tarikh   : 16 Julai 2019
Masa    : 8.00pg - 3.30 ptg
PENCAPAIAN :
 PERTANDINGAN BUKU SKRAP - TEMPAT KE -5 DARIPADA 28 PESERTA
PERTANDINGAN BERCERITA : TEMPAT KE-9 DARIPADA 28 PESERTA

Sambutan Minggu Sihat dirasmikan oleh Dr. Gary goh chun chao, Pegawai Epidemiologi mewakili Pegawai Kesihatan Daerah Setiu dan turut hadir ialah
Tuan Hj Rosmadi Bin Haji Nasir, Penolong Pegawai Pedidikan (Pembangunan Sukan).
Cik Suryani Bt Ali, Penolong Pengarah Kanan (Pendidikan Kesihatan) , Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.
Sempena minggu sihat Kelab Doktor Muda yang disambut pada bulan Julai setiap tahun, Unit Promosi Kesihatan PKD Setiu telah mengadakan satu sambutan minggu sihat daerah setiu melibatkan 28 buah sekolah rendah dan 4 buah sekolah menengah.

Antara aktiviti2 dan pertandingan yang dijalankan :

1. Senamrobik bertempat di dewan Besar PPD Setiu.
2. Bacaan Ikrar Doktor Muda Oleh Irfan darwisy bin mat suhaimi
Doktor muda SK Putera Jaya
3. Bacaan perutusan Minggu Sihat Doktor Muda Oleh Wan khairul aish bin wan khairul hakiman dari SM Imtiaz Setiu
4. Pertandingan Melukis Poster Sekolah Rendah.
5. Pertandingan Bercerita Sekolah Rendah.
6. Pertandingan Sketsa Sekolah Menengah.
7. Pertandingan buku skrap Sek. Rendah dan Sek. Menengah.
8. Demostrasi pemeriksaan Kesihatan Oleh Ahli Kelab Doktor Muda SK Putera Jaya.
9. Pameran- pameran dan Kuiz Kempen Cara Hidup Sihat,Tak Nak Merokok, Denggi, Lepto, TiBi Kusta, Hiv/Aids.
10. Persembahan lompat tali oleh SK Jelapang

Dengan tema 'Bergerak Aktif', para pelajar adalah digalakkan untuk melakukan aktiviti fizikal dan mengurangkan aktiviti sedentari yang menyumbang kepada gaya hidup tidak sihat.

No comments:

Post a Comment