...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Monday 21 October 2019

LAWATAN PASCA UPSR TAMBAH PENGALAMAN BARU

PENANG - Pelbagai pendedahan dan pengalaman baru dirasai oleh murid - murid dan  guru SKKFST sepanjang mengikuti lawatan sambil belajar yang telah diadakan pada 17-19 Okt yang lalu.

Selaku ketua rombongan, Cikgu Md Hesham ismail berkata, lawatan pasca UPSR ini mengambil masa tiga hari dua malam yang menumpukan beberapa destinasi menarik untuk dikunjungi.
"Ada antara murid-murid ini tidak pernah datang ke sini dan Kali ini, mereka diberi peluang merasai pengalaman sendiri dan secara tidak langsung dapat pendedahan baru.
 Bertambah manis dalam lawatan kali ini ialah murid dan guru dapat bersua muka kembali dengan Ustazah Noor Anizah iaitu bekas Guru SKKFST yang telah berpindah ke kampung halaman sejak awal tahun 2019
Tahniah kepada guru-guru yang bertungkus lumus menjayakan lawatan ini.Lawatan ini sangat bermakna kepada guru-guru pengiring dan murid-murid yang turut serta pada tahun ini.

 
 

No comments:

Post a Comment