23 Feb 2020 - Program
Lawatan Sambil Belajar Pemimpin cilik SKKFST ke Perpustakaan Negeri
Terengganu sempena pesta buku 2020. Lawatan ini merupakan satu aktiviti yang bertujuan untuk memberi
pendedahan kepada murid-murid tentang ilmu sains perpustakaan. Selain
itu, murid telah di bawa ke Muzium Negeri Terengganu untuk menambahkan
pengetahuan mereka tentang sejarah dan asal usul Negeri Terengganu.
Aktiviti
ini melibatkan 35 orang murid Tahun 4-6 dan disertai oleh 5 orang
guru pengiring yang diketuai oleh Guru Media Cikgu Yuzrida bt Awang. Dengan adanya program seperti ini ia dapat menyediakan
pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih fleksibel,
menarik, berfokus dan bersesuaian dengan keupayaan serta kebolehan
murid,.
Selain itu,
lawatan sambil belajar ini juga selaras dengan Kementerian Pendidikan
Malaysia yang mahukan setiap murid menghadiri aktiviti luar bilik darjah
yang sesuai untuk memberikan pemahaman dan pengetahuan berkaitan ilmu
sejarah dan sains perpustakaan.
Murid-murid juga telah dibawa ke Taman Tamadun Islam pada hari itu untuk melihat monumen masjid-masjid diseluruh dunia. Semoga mendapat pengalaman yang bermakna kali ini.
Jutaan terima kasih kepada guru-guru yang terlibat dalam lawatan kali ini.
No comments:
Post a Comment