4 MAC 2013,seluruh rakyat Terengganu akan bercuti sempena hari Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.Daulat Tuanku..rakyat sentiasa mendoakan kesejahteraan Tuanku bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah.
Saturday, 2 March 2013
Wednesday, 27 February 2013
BANJIR 3.0
at
17:55
SETIU 26 FEB 2013 - Hujan yang berterusan menyebabkan air naik di beberapa buah jalan termasuk di laluan masuk ke SKKFST. Warga SKKFST pulang seawal jam 10.00 pagi berikutan kenaikan paras air yang cepat.
Jurucakap bilik gerakan banjir negeri berkata, jumlah mangsa banjir paling ramai adalah di Dungun iaitu seramai 317 orang daripada 80 keluarga diikuti Setiu iaitu 269 orang daripada 71 keluarga dan 171 penduduk daripada 41 keluarga di Marang.
Di Setiu pula, 35 orang daripada lapan keluarga dipindahkan di Surau Kampung Sungai Pinang, 36 orang daripada 10 keluarga di Dewan Sivik Langkap, 23 orang daripada tujuh keluarga di Balai Raya Desa Jaya dan 15 orang melibatkan lima keluarga di Masjid Pangkalan Merbau.
Jurucakap bilik gerakan banjir negeri berkata, jumlah mangsa banjir paling ramai adalah di Dungun iaitu seramai 317 orang daripada 80 keluarga diikuti Setiu iaitu 269 orang daripada 71 keluarga dan 171 penduduk daripada 41 keluarga di Marang.
Di Setiu pula, 35 orang daripada lapan keluarga dipindahkan di Surau Kampung Sungai Pinang, 36 orang daripada 10 keluarga di Dewan Sivik Langkap, 23 orang daripada tujuh keluarga di Balai Raya Desa Jaya dan 15 orang melibatkan lima keluarga di Masjid Pangkalan Merbau.
Sunday, 24 February 2013
KEJOHANAN CATUR MSSD SETIU 2013
at
17:01
KEJOHANAN CATUR
MSSD SETIU 2013
Kejohanan Catur MSSD SETIU 2013 telah berlangsung pada 20 Februari yang lepas di Dewan SMK Lembah Bidong.
SKKFST telah menghantar 12 wakil iaitu 6 lelaki dan 6 perempuan.
Seorang wakil perempuan telah berjaya melayakkan diri ke peringkat
negeri yang akan diadakan.
Berikut ialah senarai nama pelajar yang telah memenangi kejohanan catur MSSD Setiu baru-baru ini.
Tahniah diucapkan!
Sama-sama kita doakan SKKFST Menjuarai di peringkat negeri.
1. SYAHIRA BINTI SHAMSUDDIN - TEMPAT KE-2
2. NUR AFIQA SAKINAH BINTI HJ HASSAN - TEMPAT KE-5
3. NUR ALISYA IZWANI BINTI YUSOF - TEMPAT KE-6
![]() |
| Wajah-wajah ceria pemenang pada akhir kejohanan |
![]() |
| Fokus : masing-masing serius memasang strategi |
![]() |
| Majlis penyampaian hadiah. |
Tuesday, 19 February 2013
TONGGAK INSPIRASI SKKF
at
19:13
Sekadar Peringatan Diri Sendiri dan Renungan Bersama
at
17:44
Sunday, 17 February 2013
PELANCARAN PROGRAM NILAM 2013
at
18:11
Ahad, 17 Februari 2013.
Bertempat di Kantin Sekolah SKKFST, Majlis Pelancaran Program Nilam
Peringkat Sekolah 2013 yang dirasmikan oleh Guru Besar, Pn.Zakiah binti Hasshim telah diljalankan. Tema Program Nilam bagi tahun ini adalah
"Membaca Gaya Hidup Kita". Program NILAM adalah singkatan bagi " Nadi Ilmu
Amalan Membaca " merupakan program galakan membaca yang dijalankan di
semua sekolah seluruh Malaysia. Setiap pelajar DIWAJIBKAN mengambil
bahagian dalam program ini bagi melahirkan individu yang gemar membaca
dan seterusnya wujud budaya membaca dalam masyarakat.
Majlis diteruskan dengan penyerahan Bahan
Bacaan kepada kelas Tahun 1 hingga Tahun 6 dan majlis diakhiri dengan
nyanyian lagu "Negaraku".
KEJOHANAN MERENTAS DESA 2013
at
18:00
Telah
diadakan pada hari Khamis, 14 Februari 2013. PK HEM mewakili Puan Guru Besar telah
melepaskan peserta untuk memulakan larian sejauh 5 km. Rumah Hijau masih
mengekalkan kejuaraan keseluruhan diikuti oleh Rumah Merah, Rumah Kuning dan Rumah Biru.
Taklimat kejohanan disampaikan oleh Cikgu Md Hesham sebelum memulakan larian.Taklimat berkenaan
menerangkan peraturan dan laluan pertandingan yang akan dilalui
Sebelum memulakan pertandingan, para peserta telah melakukan acara
memanaskan badan terlebih dahulu. Acara memanaskan badan diketuai oleh
Cikgu Mohd Sabri
Peserta bersiap sedia untuk dilepaskan.
Larian bermula dari luar pagar sekolah, melalui jalan ladang fikri, dan akhirnye
ke SK Kg Fikri semula dengan jarak lebih kurang 5 kilometer
jauhnya.
Johan keseluruhan acara merentas desa bagi tahun ini telah diungguli
oleh rumah Hijau mengalahkan tiga rumah sukan yang
lain. Majlis diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah dan berakhir jam 1.00 tengahari.
Monday, 4 February 2013
SEKOLAH RINTIS i-THINK
at
22:22
Apakah yang diharapkan daripada Program i-Think?
*Dengan menggunakan Alat Berfikir (Thinking tools); murid lebih fokus, berkeyakinan
dan aktif di dalam kelas.
*Aktiviti banyak berpusatkan murid.
*Prestasi murid meningkat selepas menggunakan alat berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran.
*Hubungan guru dengan murid lebih rapat kerana guru lebih banyak berperanan sebagai fasilitator.
*Hubungan guru dengan murid lebih rapat kerana guru lebih banyak berperanan sebagai fasilitator.
MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS PERPUSTAKAAN 2013
at
20:52
PADA
03 FEBRUARI 2013, PUSAT SUMBER SEKOLAH TELAH MENGADAKAN MAJLIS
PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS PERPUSTAKAAN SEKOLAH YANG
TERDIRI DARIPADA 10 ORANG PELAJAR LELAKI DAN 9 ORANG PELAJAR PEREMPUAN.
KESEMUA MEREKA TELAH MENJALANKAN TUGAS MULAI BULAN JANUARI 2013. MAJLIS
PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN TELAH DISEMPURNAKAN OLEH GURU BESAR SKKFST,
PN. ZAKIAH BINTI HASSHIM. MUHAMMAD SYAFIQ BIN MAT KHALIL, SELAKU KETUA PENGAWAS PERPUSTAKAAN TELAH MENGETUAI BACAAN IKRAR. SEMOGA PELANTIKAN PENGAWAS PERPUSTAKAAN INI AKAN DAPAT MEMBANTU MENINGKATKAN LAGI KECEMERLANGAN PUSAT SUMBER SEKOLAH.
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1434H
at
20:45
31 Jan. - Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 1434H/2013
Khamis ini dimeriahkan dengan acara perarakan melibatkan 143orang murid sekolah dan yang menariknya tahun ini,perarakan telah meibatkan ibubapa dan orang kampung.
Perarakan bertemakan 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah' ini bermula di Tapak Perhimpunan Sekolah menuju ke Masjid Ladang Fikri,Sg Tong.
Perarakan telah diketuai oleh cikgu Wan Izimi bersama Ustaz Azman bagi laungan selawat ke atas junjungan Nya.
Ceramah Maulidur Rasul dibimbing oleh Tuan Hj.Hamzah bin Awang,Bekas Guru Besar SKKFST (2003-2005).
Perarakan bertemakan 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah' ini bermula di Tapak Perhimpunan Sekolah menuju ke Masjid Ladang Fikri,Sg Tong.
Perarakan telah diketuai oleh cikgu Wan Izimi bersama Ustaz Azman bagi laungan selawat ke atas junjungan Nya.
Ceramah Maulidur Rasul dibimbing oleh Tuan Hj.Hamzah bin Awang,Bekas Guru Besar SKKFST (2003-2005).
Perarakan balik dari Masjid Ladang Fikri Ke Sekolah.
Subscribe to:
Posts (Atom)























