...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Monday, 17 June 2013

PROJEK SEKOLAH

Satu lagi projek yang sedang dibangunkan di SKKFST adalah membina koridor dari bangunan utama menghubungkan surau.Tujuan pembinaan supaya murid boleh menggunakan koridor tersebut pada hari hujan.
Oleh kerana pihak sekolah mempunyai  kekangan daripada segi kewangan,maka dengan hanya mengambil upah dikalangan bapa murid yang mempunyai kemahiran pertukangan pihak sekolah dengan ini berharap projek dapat diselesaikan dengan sempurna untuk kemudahan murid-murid SKKFST. 
Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang terlibat dalam projek tersebut dan demi melihat keselesaan murid-murid, pihak sekolah sedaya upaya berusaha mengatasi masalah yang dihadapi itu.
Menurut Pengurus Projek ( Tukang yang diupah ), Projek ini dijangka siap sebelum bulan puasa menjelang.InsyaAllah...


PERJUMPAAN IBU BAPA & GURU TAHUN 6 2013

ISNIN, 17 Jun 2013 - Satu perjumpaan telah diadakan diantara ibu bapa dan guru-guru Tahun 6 bertempat di Makmal Komputer SKKFST. Tujuan perjumpaan ini adalah untuk berbincang mengenai aktiviti Tahun 6 untuk tahun 2013 serta masalah-masalah yang dihadapai oleh ibu bapa serta murid.
Selain itu, pihak sekolah melalui program ini menerangkan matlamat serta target untuk murid-murid tahun 6 dalam menghadapi peperiksaan UPSR yang akan datang. Kesemua ibu bapa serta murid tahun 6 hadir ke perjumpaan ini. Di pihak sekolah semua guru tahun 6 serta guru besar hadir untuk sesi perbincangan.

Sesi pendaftaran ibu bapa murid.Alhamdulillah kehadiran adalah 100%
Terima kasih di atas komitmen yang diberi
Mengambil berkat.Bacaan doa dipimpin oleh Sir Wan Izimi.
Ucapan perasmian dan alu-aluan oleh Puan Guru Besar SKKFST
Sesi pelaporan pencapaian keputusan UPSR sehingga Jun 2013 oleh 
Guru-guru matapelajaran subjek UPSR.
Penyerahan kad pemantauan prestasi murid UPSR kepada ibu bapa.
Menjadi kelaziman tuan rumah menyediakan sedikit jamuan kepada para tetamu.Majlis diakhiri dengan sedikit jamuan ringan di kantin SKKFST.

**TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG 
DAN TIDAK LANGSUNG**


Tuesday, 11 June 2013

HAFAZAN AL-QURAN TAHUN 1434H DAERAH SETIU 2013


Majlis Hafazan Al-Quran, Sekolah-sekolah Negeri Terengganu Peringkat Daerah Setiu Tahun 2013M/1434H telah diadakan di Makmal Komputer SKKFST pada  11 Jun 2013 ( Selasa )sekaligus SKKFST  telah diberi mandat oleh PPD untuk menguruskan majlis tersebut dengan jayanya.
Majlis yang bermula pada jam 12.00 tenghari dan berakhir hampir jam 2.00 petang telah melibatkan seramai 100 lebih peserta dari semua sekolah Daerah Setiu.SKKFST telah memilih 40 orang pelajar menyertai program tersebut.

Monday, 10 June 2013

SYAA'BAN & SYAFAAT'NYA

Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadar. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalah malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yang dengki.”
Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib).

Saturday, 8 June 2013

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Selamat kembali ke sekolah buat semua warga pendidik dan murid khasnya warga SKKFST sekalian.

Saturday, 25 May 2013

RENUNGAN AHAD


Wednesday, 22 May 2013

CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2013


Tuesday, 21 May 2013

SEKADAR RENUNGAN...


Sunday, 19 May 2013

MINGGU PEPERIKSAAN

Minggu peperiksaan pertengahan tahun kini bermula. Peperiksaan telah bermula semalam.
Para pelajar telah diberi penerangan dan motivasi bagi  
menghadapi peperiksaan tersebut. Peperiksaan  ini  akan berakhir
pada 22 Mei 2013 . Warga SKKFST serta ibu bapa mendoakan kejayaan
anda di dalam peperiksaan ini.  

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2013

TARIKH :  16 MEI 2013
MASA : 8.00 PAGI
BERTEMPAT DI : KANTIN SKKFST
TEMA : “GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA”
 
Aturcara Majlis
8.00 Pagi   -  Perhimpunan
8.15 Pagi   -  Bacaan Doa
                 -  Bacaan Perutusan
                 -  Ucapan Guru Besar
                 -  Koir Guru Dan Bacaan Ikrar
9.00 Pagi  -  Acara Guru - Bola Tampar
                                       - Sukaneka
10.30 Pagi - Rehat & Jamuan Guru
11.00 Pagi - Persembahan Murid
                 - Penyampaian Hadiah
                 - Cabutan Bertuah
1.00 Ptg    - Bersurai
                

Nyanyian lagu Negaraku dan Koir Guru
Bacaan Ikrar yang diketuai oleh Cikgu Wan Izimi bin Wan Md Zin
Bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Azman bin Ali Akmal
Sebagai sekolah bitara bola tampar selepas diisytiharkan Sekolah Kluster Kecemerlangan,acara pertandingan bola tampar antara guru mengikut rumah sukan menjadi acara wajib bagi setiap majlis berkaitan

Pelbagai aksi dapat dirakam lensa bila guru dan kakitangan turun gelanggang