...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Sunday, 22 September 2013

PEMERIKSAAN GIGI DI SEKOLAH

Tarikh :  22.09.2013
Tempat : Kelas Tahun 1 Dan 5.
Sasaran : Pelajar tahun 1 hingga tahun 6
Aktiviti tahunan di bawah program Klinik Pergigian Kampung Rahmat, sekali lagi  mengadakan pemeriksaan pergigian kepada semua pelajar. bagi pelajar-pelajar yang mengalami masalah gigi, mereka akan diberikan rawatan sama ada tampalan atau cabutan gigi.
Terima kasih diucapkan atas keprihatinan tersebut.

LAWATAN PENANDA ARAS SK METHODIST PETALING JAYA 2013


Pada 15 September  2013 (Ahad), SKKFST telah  menerima Lawatan Penanda Aras dari SK Methodist Petaling Jaya. Lawatan ini melibatkan 34orang guru serta kakitangan. Rombongan tiba di SKKFST tepat jam 10.30 pagi dan terus dibawa ke Makmal Komputer untuk taklimat ringkas.

Rombongan yang diketuai oleh Yang Berusaha En.Abdul Manaf bin Ahmad,Guru Besar SKMPJ telah tiba diperkarangan sekolah pada jam10.30 pagi. Rombongan telah disambut mesra pihak pengurusan SKKFST diketuai oleh  Puan Zakiah binti Hasshim,Guru Besar SKKFST

Antara aturcara lawatan adalah seperti berikut : - Taklimat Ringkas
                                                                                       - Lawatan sekitar sekolah,Makmal Komputer
                                                                                       - Penggunaan eBOOK
                                                                                       - Sistem pengurusan fail
                                                                                       - Multi media dan lain-lain
Menurut Tuan Guru Besar SKMPJ Tujuan utama lawatan tersebut ialah untuk menimba ilmu dan mendapat pengalaman yang amat bermakna untuk diaplikasikan dalam sistem pendidikan sekarang.
Lawatan muhibbah yang diadakan ini membuktikan bahawa tiada jurang antara sekolah bandar dan luar bandar.

Rombongan tiba tepat jam 10.30 pagi disambut oleh pihak pengurusan SKKFST.
Taklimat ringkas yang diadakan di makmal komputer
Tinjauan penggunaan eBOOK
Lawatan sekitar pejabat serta sistem pengurusan fail
Tetamu telah dihidangkan makanan tradisi Terengganu seperti nasi dagang dan keropok lekor.
Terima kasih!!! semoga jalinan ini akan kekal sampai bila-bila demi menyahut matlamat pendidikan negara
Inilah dua orang yang bertanggungjawab mentadbir sekolah masing-masing.
SKKFST VS SKMPJ 2013

SELAMAT MAJU JAYA!!!





        

Tuesday, 3 September 2013

PEMANTAUAN PERTANDINGAN SURAU SEKOLAH PERINGKAT NEGERI

3 Sept 2013 ( Selasa ) - Sekali lagi SKKFST telah dipilih mewakili Setiu ke Peringkat Negeri dalam Pertandingan Anugerah Surau Imarah Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Kebangsaan Kali Pertama Tahun 2014M/1435H anjuran KPM.
SKKFST telah didatangi oleh 2 orang pegawai Daripada Unit Pendidikan Islam JPNT iaitu En.Awang bin Sulong dan Tuan Haji Zainal bin Sulaiman kira-kira jam 9.00pagi tadi.Pemeriksaan telah dilakukan daripada pelbagai aspek yang secara keseluruhannya surau SKKFST telah mencapai piawaian tersebut.Alhamdulillah.....
Gambar kenangan Pegawai Pemantau bersama pihak Pengurusan Sekolah serta 
AJK Surau SKKFST 2013

Wednesday, 28 August 2013

RIANG MERDEKA RAYA 2013

 
Program sambutan ulang tahun kemerdekaan ke -56 dan majlis hari raya peringkat sekolah telah diadakan pada 28 Ogos 2013 di Kantin SKKFST . Program yang bermula pada jam 8.00  pagi  telah dihadiri oleh semua murid dan guru SKKFST serta kakitangan.Pengurus-pengurus ladang di sekitar juga hadir memeriahkan majlis tersebut. Antara acara yang diadakan ialah nyanyian lagu-lagu patriotik,persembahan lagu-lagu raya oleh murid serta warga sekolah dan jemputan yang hadir dan diakhiri dengan jamuan hari raya. Program tersebut telah berakhir pada jam 1.00 tengah hari.

 Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Azman bin AliAkmal,Ustaz KAFA SKKFST
Antara tetamu yang hadir ke jamuan merdeka raya SKKFST
Ucapan alu-aluan dan perasmian majlis oleh Puan Guru Besar SKKFST
Jemputan VIP yang turut hadir memeriahkan suasana merdeka raya 2013

AJK PIBG En.Nik Khairul Anuar yang sangat sporting 
 mendendangkan sebuah lagu raya buat penonton
Antara gambar-gamabar yang sempat dirakam jurulensa SKKFST



Wednesday, 21 August 2013

MERDEKA RAYA!!!

SKKFST akan mengadakan Sambutan Majlis Merdeka Raya Peringkat Sekolah serentak  pada 28 Ogos 2013 iaiti hari Rabu bersempena Bulan Syawal dan Bulan Kemerdekaan Tahun 2013.

Monday, 19 August 2013

SEMANGAT PATRIOTIK!!!

Unit Kokurikulum yang diketuai oleh PKKO iaitu Cikgu Mohd Sabri bin Mohd telah mula memasang bendera di kawasan sekolah sempena menyambut Bulan Kemerdekaan yang ke-56.
Tema Hari Kebangsaan Tahun ini adalah " Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku "

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-56 buat semua rakyat Malaysia.Hargailah dan Fahamilah erti KEMERDEKAAN demi melihat generasi masa hadapan turut merasai apa yang kita rasai sekarang.

Saturday, 17 August 2013

FAHAMI ERTI KEMERDEKAAN NEGARA

" Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku "
 
Tema itu lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan negara bangsa. Tema ini dipilih bagi memberikan peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan negara di samping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan negara. Konsep sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini akan lebih menjurus kepada elemen-elemen perpaduan, patriotik, kedaulatan dan keselamatan negara.

 

Monday, 29 July 2013

SALAM SYAWAL 2013

Seiring dengan berlalunya bulan Ramadhan tahun ini, Kemenangan telah kita gapai, Dalam segala kerendahan hati ada ketinggian budi, Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa, Dalam kesempitan hidup ada keluasan ilmu, Hidup ini indah jika segala kerana ALLAH SWT.
Kami warga SKKFST mengucapkan  Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434 H. Mohon maaf zahir & batin.

Monday, 22 July 2013

MAJLIS AL-IFTHAR 2013

22 Julai 2013  Satu  Majlis Berbuka Puasa SKKFST telah berlangsung bertempat di Kantin sekolah. Majlis tersebut telah dihadiri oleh para tetamu yang terdiri daripada YDP PIBG,Pengurus-Pengurus Ladang,Pengurus Kilang Sawit.AJK PIBG serta  warga SKKFST.
Acara Majlis Berbuka Puasa yang bermula seawal jam 6.30 telah dimulai dengan bacaan Tahlil beramai-ramai  yang telah diketuai oleh Imam Abdul Rahman iaitu Imam Ladang Fikri,Sg Tong sehinggalah waktu berbuka puasa. Melalui majlis ini, warga SKKFST dan pihak luar  dapat berkumpul bersama-sama dan saling berkenalan dan mengeratkan silaturrahim sesama mereka.
Tazkirah kepada murid sebelum waktu berbuka.
Penyampaian Saguhati kepada calon-calon UPSR yang capai target kempen " Tanpa C "
Diucapkan terima kasih kepada orang dapur kerana menyediakan juada berbuka yang sangat sedap.
Budaya kerjasama yang selalu dititikberatkan oleh warga SKKFST apabila mengendalikan sebarang keraian.
Bersiap untuk menikmati juadah berbuka.


MAJLIS KENANGAN BUDI 2013

Pada 22 Julai 2013 ( Isnin ), Kelab Guru Dan Kakitangan SKKFST telah menganjurkan majlis perpisahan kepada guru yang bertukar iaitu Cikgu Norudin bin Yahya yang bertugas di SK Lembah Bidong dan juga Kerani iaitu Pn.Fazilah Jamiah binti Wahab yang bertukar ke SK Methodist Petaling Jaya, Selangor.
Kami warga SKKFST sentiasa mendoakan semoga pertukaran ini dipenuhi dengan keberkatan oleh Allah S.W.T dan selamat berkhidmat di sekolah yang baru.

Majlis semalam juga adalah sempena meraikan kedatangan seorang cikgu baru iaitu Cikgu Siti Rokiah binti Sidek,Cikgu siti bertukar dari Sekolah Kebangsaan Nanga Pelagus Kapit,Sarawak.Warga SKKFST mengalu-alukan kedatangan cikgu di sini.Selamat menjadi warga SKKFST.

Gambar sepanjang majlis perpisahan...
 Insan yang dirai..dari kanan ( Cikgu Siti Rokiah,Pn.Fazilah Jamiah dan Cikgu Norudin )
Penyampaian Cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan
Sedikit ucapan daripada insan yang dirai