Sunday, 7 May 2017
Saturday, 6 May 2017
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM PERINGKAT SEKOLAH 2017
at
21:27
Setiu - Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Sekolah Tahun 2017 telah sempurna dijalankan pada
3 hingga 5 Mei 2017 bertempat di Tapak Perkhemahan SKKFST. Perkhemahan tersebut telah dikelolakan oleh Unit Kokurikulum di bawah pengurusan Guru Penolong Kanan Kokurikulum, En Faizal bin Din. Ahli perkhemahan pada tahun ini dianggotai oleh Pasukan Pengakap dan Puteri Islam yang telah dipecahkan kepada 6 kumpulan.
3 hingga 5 Mei 2017 bertempat di Tapak Perkhemahan SKKFST. Perkhemahan tersebut telah dikelolakan oleh Unit Kokurikulum di bawah pengurusan Guru Penolong Kanan Kokurikulum, En Faizal bin Din. Ahli perkhemahan pada tahun ini dianggotai oleh Pasukan Pengakap dan Puteri Islam yang telah dipecahkan kepada 6 kumpulan.
Pelbagai program aktiviti telah disediakan dan berjaya dijalankan. Antaranya terdiri daripada
pertandingan malam kebudayaan,pertandingan kawad kaki, pertandingan masakan, sukaneka dan khemah terbaik.
Objektif utama aktiviti perkhemahan ini adalah untuk menguji ketahanan mental, fizikal dan
rohani peserta dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan mencabar.
kem komandon - En Wan Izimi bin Wan Md Zin
kem komandon - En Wan Izimi bin Wan Md Zin
Pendaftaran peserta pada hari pertama seawal jam 3.00 petang.
Antara pintu khemah peserta yang sudah siap terbina dihari petama
Sesi membuat gajet oleh peserta dibantu guru penasihat.
Pusat memasak yang dijalankan mengikut jadual yang telah disediakan di khemah urusetia.
Taklimat peserta oleh GPK Kokurikulum Cikgu Faizal.
Aktiviti pertama dihari pertama adalah pertandingan malam kebudayaan bertemakan filem "P-Ramlee".pelbagai gelagat dan telatah lucu serta tak kering gusi dibuatnya.
Aktiviti Kedua dihari kedua adalah pertandingan kawad kaki.
Aktiviti ketiga dihari kedua adalah pertandingan memasak.Pelbagai bentuk dan variasi rasa cek mek molek yang direka oleh peserta.
Riadah pagi diisi dengan aktiviti jogging selama 10 minit.
Aktiviti keempat dihari kedua iaitu sukaneka.Antara acara yang telah dijalankan adalah masuk air dalam botol, jalan batu bata, gelek bola dalam gelung dan cari gula-gula dalam tepung.
Jamuan BBQ sebelum aktiviti night-walk dijalankan dimalam terakhir perkhemahan.
night-walk
Pemerikasaan khemah terbaik.
Majlis penutup diadakan pada hari terakhir perkhemahan, 5 Mei 2017 tepat jam 10.30 pagi. Penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh GPK Pentadbiran En Mohd Amri bin Hussain diiringi GPK KO En Faizal bin Din.
TAHNIAH diucapkan kepada Unit Kokurikulum dan warga SKKFST di atas kejayaan perkhemahan unit beruniform peringkat sekolah bagi sesi 2017 ini.Segala yang baik datang daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu daripada kita sendiri.Semoga para perserta juga memperolehi sesuatu dan dapat diadaptasikan di dalam kehidupan seharian mereka.In sha Allah...
MAJLIS TEMU MURNI IBU BAPA TAHUN 6 KALI I, 2017
at
18:59
Majlis Temu Murni Ibubapa dan Guru UPSR Kali Pertama 2017
PANITIA / UNIT / KELAB
Jawatankuasa UPSR
TARIKH PELAKSANAAN
30 April 2017 ( Ahad )
TEMPAT
Makmal Komputer SKKFST
MASA
11.00 pagi hingga 1.30 tengah
hari
OBJEKTIF
Menyalurkan maklumat pencapaian dan prestasi akademik semasa murid-murid kepada ibubapa.
Memberi penerangan mengenai peperiksaan UPSR 2017 kepada ibubapa
Memberi taklimat mengenai perancangan aktiviti UPSR 2017.
Jumlah
ibubapa yang hadir : 100%
Pendaftaran ibu bapa seawal jam 10.30 pagi
Lafaz ikrar daripada murid Tahun 6 dihadapan ibu bapa dan guru-guru.
Jawatankuasa UPSR telah mengadakan Majlis Temu Murni Ibubapa dan
Guru UPSR Kali Pertama bagi tahun 2017. Majlis diadakan pada 30 April 2017
bertempat di Makmal Komputer SKKFST. Majlis bermula jam 11.00 pagi hingga
1.30 tengahari.
Di majlis tersebut, para ibubapa diberi
penerangan mengenai keputusan dan analisis TOV yang telah dijalankan, seterusnya pembentangan aktiviti tahunan bagi Kecemerlangan UPSR 2017 pada oleh En. Mohd Amri bin Hussain selaku penyelaras UPSR. Beliau amat berharap
agar semua ibubapa dapat memberikan kerjasama yang sepenunhnya bagi menjayakan
semua aktiviti yang dirancang. Sebelum
bersurai, ibubapa dijamu dengan sedikit makanan tengahari.
Subscribe to:
Posts (Atom)


























































