...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Saturday 6 May 2017

MAJLIS TEMU MURNI IBU BAPA TAHUN 6 KALI I, 2017

Majlis Temu Murni Ibubapa dan Guru UPSR Kali Pertama 2017

PANITIA / UNIT / KELAB
Jawatankuasa UPSR

TARIKH PELAKSANAAN
30 April  2017 ( Ahad )

 TEMPAT
  Makmal Komputer SKKFST

 MASA
  11.00 pagi hingga 1.30 tengah hari

  OBJEKTIF
  Menyalurkan maklumat pencapaian dan prestasi akademik semasa murid-murid kepada ibubapa. 
  Memberi penerangan mengenai peperiksaan UPSR 2017 kepada ibubapa
  Memberi taklimat mengenai perancangan aktiviti UPSR 2017.

        Jumlah ibubapa yang hadir : 100%
 Pendaftaran ibu bapa seawal jam 10.30 pagi
 Lafaz ikrar daripada murid Tahun 6 dihadapan ibu bapa dan guru-guru.
Jawatankuasa UPSR  telah mengadakan Majlis Temu Murni Ibubapa dan Guru UPSR Kali Pertama bagi tahun 2017. Majlis diadakan pada 30 April 2017 bertempat di Makmal Komputer SKKFST. Majlis bermula jam 11.00 pagi hingga 1.30 tengahari.
Di majlis tersebut, para ibubapa diberi penerangan mengenai keputusan dan analisis TOV yang telah dijalankan, seterusnya pembentangan aktiviti tahunan bagi Kecemerlangan UPSR 2017 pada oleh En. Mohd Amri bin Hussain selaku penyelaras UPSR. Beliau amat berharap agar semua ibubapa dapat memberikan kerjasama yang sepenunhnya bagi menjayakan semua aktiviti yang dirancang. Sebelum bersurai, ibubapa dijamu dengan sedikit makanan tengahari.

No comments:

Post a Comment