...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Saturday, 11 May 2019

PENYERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN YAYASAN PELAJARAN MARA

TARIKH : 12 MEI 2019
HARI : AHAD

Yayasan Pelajaran MARA (YPM) melaksanakan inisiatif CSR yang disalurkan kepada pelajar miskin peringkat persekolahan. Bantuan yang disampaikan adalah sebagai galakan untuk mempertingkatkan prestasi akademik pelajar. Inisiatif berbentuk wang tunai adalah berperanan dalam memastikan pelajar dari golongan pertengahan dan rendah mendapat perhatian sewajarnya selain memberi sokongan moral kepada ibu bapa/penjaga dalam membantu menyediakan keperluan persekolahan.

Sunday, 5 May 2019

SALAM RAMADHAN 1440H

Marhaban yaa Ramadhan, 
pucuk selasih bertunas menjulang,
dahannya patah tolong betulkan,
 puasa Ramadhan kembali menjelang,
 salah dan khilaf mohon dimaafkan.
 Selamat Menunaikan Ibadah puasa daripada kami warga SK Kampung Fikri Sungai Tong


SEMOGA KITA DAPAT MENJALANI IBADAT DENGAN SEBAIK-BAIKNYA DAN MENGEJAR BERKAH SERTA PAHALA DIBULAN YANG BAIK INI. Admin mengambil kesempatan ingin memohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa & silap dan salah yang admin sengaja dan tidak sengaja.

AMBANG RAMADHAN 1440H


Di ambang Ramadhan........

" Ya Allah , berkatilah kami pada
bulan Rejab dan Syaaban
dan sampaikanlah kami
ke bulan Ramadhan.. "
( Riwayat Ahmad dan at-Tabrani , daripada Anas )

PROGRAM IHYA RAMADHAN


01. PENDAHULUAN


Sesungguhnya bulan Ramadhan merupakan bulan yang sentiasa dinantikan kerana ia dipenuhi dengan keberkatan dan kerahmatan. Umat Islam seharusnya menerima kehadiran Ramadhan dengan penuh kegembiraan dan berusaha merebut segala ganjaran yang dijanjikan kepada hamba-Nya yang berpuasa dan melakukan amalan soleh. Ibadah puasa yang telah difardhukan ini mengandungi pelbagai rahsia dan hikmah yang perlu diketahui agar kita berupaya menghayati dan melaksanakannya dengan penuh keikhlasan.
Ceramah Ambang Ramadhan telah disampaikan oleh Ustaz Rasidi bin Mat Salleh




In Shaa Allah, sepanjang bulan Ramadhan nanti, Panitia Pendidikan Islam telah merancangkan beberapa aktiviti-aktiviti untuk kebaikan bersama. Diharapkan tuan-tuan/puan-puan dapat meluangkan masa untuk merealisasikan bersama. Antara aktiviti-aktiviti adalah seperti berikut:
1. Tazkirah Pagi
2. Tadarus Surah Pilihan ( ikut kumpulan yang telah diberi )
3. Tayangan Islamik
4. Solat Dhuha
5. Tabung Infaq Ramadhan
6. Kempen Ibtisam & Salam
7. Iftar Jama'i
8. Khatam Al-Quran

Semua program di atas akan dijalankan dari 6 Mei - 23 Mei 2019 bersamaan 1Ramadhan - 18 Ramadhan






MAJLIS PERPISAHAN STAFF

2 Mei 2019 -  Pada hari Khamis lalu selesai sambutan hari guru, warga SKKFST sempat mengadakan sebuah majlis perpisahan yang ringkas tapi penuh makna bagi Ustaz Azman bin Ali Akmal yang telah berpindah ke SK Bari sebagai Guru KAFA. Tahniah dan semoga beliau maju jaya di tempat baru.  Majlis juga meraikan dua orang staff  Pekerja kebersihan yang telah berhenti kerja kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Kelab Guru & Kakitangan SKKFST telah menyampaikan sumbangan berbentuk cenderahati kepada mereka sebagai tanda terima kasih di atas komitmen dan sokongan yang di berikan kepada sekolah sepanjang berkhidmat di sini. Semoga jalinan ukhwah sentiasa dapat di kekalkan.
Pada akhirnya kebersamaan itu ada akhirnya. Bertahun-tahun kita menjalani kebersamaan. Dalam suka dalam duka.
Tak disangka, perpisahan itu akhirnya akan datang juga. Meskipun hati ini sedih, apalah daya kita masing-masing akan menjemput cita-cita.

Belum titik baru koma,
menulis puisi selesai sudah.
Suka duka kita bersama,
menjadi kenangan amat indah.

Saturday, 4 May 2019

SAMBUTAN HARI GURU & PEKERJA SERENTAK

Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi...adalah tema bagi sambutan hari guru pada tahun 2019. Oleh kerana 16 Mei jatuh pada bulan Ramadhan Kareem maka sambutan Hari Guru pada tahun ini diawalkan. Sambutan secara serentak dengan Hari Pekerja telah diadakan pada 2 Mei 2019 yang lalu.
Pada tahun ini SKKFST memilih sedikit kelainan dengan menjemput komuniti terdekat merayakan bersama selari dengan tema " Back To School " di mana bekas2 murid kembali ke sekolah merayakan Hari Guru bersama dengan bekas2 guru mereka.
Alhamdulillah...kehadiran mereka sangat memuaskan hati warga SKKFST. Sambutan kali ini bertambah meriah apabila diadakan pertandingan antara guru2 dan ibu bapa serta bekas2 murid SKKFST. Antara pertandingan nya adalah Bola Tampar dan Bola Jaring. Majlis dimulakan dengan acara pagi iaitu senamrobik beramai-ramai dan diteruskan dengan pertandingan yang telah diatur penganjur.
 Senamrobik beramai-ramai
 Penyampaian cenderamata kepada pemenag-pemenang
 Acara memberikan hadiah kepada cikgu-cikgu sebagai tanda kasih dan penghargaan
 Bacaan perutusan dan ucapan Tuan Guru Besar
 Bacaan ikrar dipimpin oleh Sir Wan Izimi
 Simbolik Hari Guru - acara memotong kek oleh para pentadbir bersama Guru Besar
Acara tukar hadiah antara guru dan warga SKKFST.

 Selepas ibu bapa, guru adalah insan yang bertanggungjawab untuk mendidik anak bangsa dan mencorak masa depan generasi muda. Peranan guru amatlah besar dalam memastikan anak-anak muridnya mencapai kejayaan.
Guru diibaratkan lilin yang membakar diri untuk menerangi masa depan anak murid. Sebagai seorang murid, kita sewajarnya menghargai jasa dan pengorbanan guru. 
.....SELAMAT HARI GURU....

PROGRAM HAND RUB BERSAMA DOKTOR MUDA


MAJLIS TEMU MURNI (1) IBU BAPA TAHUN 6

29 April 2019, Unit Kurikulum SKKFST telah mengadakan Majlis Temu Murni bersama Ibu Bapa Tahun 6 kali pertama. Objektif utama majlis tersebut diadakan bertujuan memberi peluang kepada ibu bapa dan guru berbincang serta menangani bersama permasalahan anak-anak dalam pelajaran khususnya dalam menghadapi peperiksaan UPSR yang bakal dihadapi pada september nanti.
  Terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir serta komitmen yang tinggi daripada pihak sekolah dalam menjayakan program ini.