...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Tuesday, 16 July 2019

SAMBUTAN MINGGU SIHAT KELAB DOKTOR MUDA SEKOLAH SEKOLAH DAERAH SETIU 2019

 Tempat : SK Putera Jaya
Tarikh   : 16 Julai 2019
Masa    : 8.00pg - 3.30 ptg
PENCAPAIAN :
 PERTANDINGAN BUKU SKRAP - TEMPAT KE -5 DARIPADA 28 PESERTA
PERTANDINGAN BERCERITA : TEMPAT KE-9 DARIPADA 28 PESERTA

Sambutan Minggu Sihat dirasmikan oleh Dr. Gary goh chun chao, Pegawai Epidemiologi mewakili Pegawai Kesihatan Daerah Setiu dan turut hadir ialah
Tuan Hj Rosmadi Bin Haji Nasir, Penolong Pegawai Pedidikan (Pembangunan Sukan).
Cik Suryani Bt Ali, Penolong Pengarah Kanan (Pendidikan Kesihatan) , Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.
Sempena minggu sihat Kelab Doktor Muda yang disambut pada bulan Julai setiap tahun, Unit Promosi Kesihatan PKD Setiu telah mengadakan satu sambutan minggu sihat daerah setiu melibatkan 28 buah sekolah rendah dan 4 buah sekolah menengah.

Antara aktiviti2 dan pertandingan yang dijalankan :

1. Senamrobik bertempat di dewan Besar PPD Setiu.
2. Bacaan Ikrar Doktor Muda Oleh Irfan darwisy bin mat suhaimi
Doktor muda SK Putera Jaya
3. Bacaan perutusan Minggu Sihat Doktor Muda Oleh Wan khairul aish bin wan khairul hakiman dari SM Imtiaz Setiu
4. Pertandingan Melukis Poster Sekolah Rendah.
5. Pertandingan Bercerita Sekolah Rendah.
6. Pertandingan Sketsa Sekolah Menengah.
7. Pertandingan buku skrap Sek. Rendah dan Sek. Menengah.
8. Demostrasi pemeriksaan Kesihatan Oleh Ahli Kelab Doktor Muda SK Putera Jaya.
9. Pameran- pameran dan Kuiz Kempen Cara Hidup Sihat,Tak Nak Merokok, Denggi, Lepto, TiBi Kusta, Hiv/Aids.
10. Persembahan lompat tali oleh SK Jelapang

Dengan tema 'Bergerak Aktif', para pelajar adalah digalakkan untuk melakukan aktiviti fizikal dan mengurangkan aktiviti sedentari yang menyumbang kepada gaya hidup tidak sihat.

KEJOHANAN MEMANAH B12 MSST

KEJOHANAN MEMANAH B12 MSST
TARIKH : 11-13 JULAI 2019
TEMPAT :LAPANG SASAR SK SEBERANG JERTEH

TAHNIAH KEPADA PESERTA DAN COACH ZURINA AZRA, Terima Kasih juga diucapkan kepada ibu bapa yang turut hadir menyokong kejohanan tersebut.

PERTANDINGAN CHORAL SPEAKING PERINGKAT DAERAH TAJAAN BANK RAKYAT

 TARIKH : 14 JULAI 2019
HARI : AHAD
TEMPAT : SK LEMBAH JAYA
PENCAPAIAN : TEMPAT KE-3

PERTANDINGAN ROBOTIK KEBANGSAAN (NRC) PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

 Besut - 10 Julai 2019, Kelab Robotik SK FirstS telah
menyertai Pertandingan Robotik Kebangsaan (NCR) Peringkat Negeri Terengganu yang diadakan selama dua hari bermula 10 - 11 Julai 2019 bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan (IPSKSM) Besut. Alhamdulillah untuk penyertaan kali pertama dalam bidang Robotik ini, pasukan SK FirstS telah mendapat Anugerah Gangsa dalam pertandingan kali ini. Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Mentor-Mentor robotik yang diketuai oleh Ustaz Rasidi bin 
Mat Salleh.
Pertandingan adalah anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Syarikat Sasbadi dan IPGKSM yang juga turut disokong Pusat Sains Negara.

MAJLIS PEMAKAIAN ANUGERAH RAMBU PENGAKAP MALAYSIA

 TARIKH : 9 JULAI 2019
TEMPAT : DEWAN SMK TENGKU IBRAHIM, SETIU

PENERIMA :
 1. MUHAMMAD AFFAN BIN RASID
2. MUHAMMAD FAZRIN BIN ZAHARIN
3. MOHAMAD SAFIQ BIN OSMAN
4. TG. AHMAD AMIRUL WAFIQ BIN TG. AHMAD NORDIN


Saturday, 6 July 2019

KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSD SETIU

 TARIKH : 4 JULAI 2019
HARI : KHAMIS
TEMPAT : SK BARI PANTAI 
KEPUTUSAN : KETIGA BERSAMA

Wednesday, 3 July 2019

KARNIVAL BAHASA MELAYU ZON SETIU TIMUR

TARIKH : 3 JULAI 2019
HARI : RABU
TEMPAT : SK KAMPUNG TAYOR

TAHNIAH kerana telah mencuba dan berani berhadapan dengan orang ramai. Kita cuba dilain masa.

TAKLIMAT & PENYERAHAN PBD KEPADA PEWARIS

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Untuk makluman semua, ibu bapa / penjaga murid Tahap 1 2019, mulai tahun ini pihak KPM telah melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dengan sistem yang baharu. Sistem tersebut tidak lagi melaksanakan peperiksaan di sekolah.Oleh itu SKKFST hari ini, 3 Julai 2019 telah mengadakan satu Taklimat berkenaan PBD dihadapan ibu bapa / penjaga murid Tahap 1.
Taklimat di sampaikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran SKKFST Cikgu Faizal bin Din. Penyerahan Pelaporan Bilik Darjah diserahkan oleh Guru Kelas kepada waris. Terima kasih di atas kehadiran waris dalam program ini.
Objektif Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
PBD dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran tentang kemajuan pembelajaran murid di samping memberi maklum balas tentang pengajaran guru. 

Melalui Pentaksiran Bilik Darjah, guru dapat:
- mengesan pengetahun sedia ada murid
- mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
- mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran dari semasa ke semasa
- mengetahui keberkesanan PdPc
- merancang, mengubah suai dan menambah baik kaedah PdPc
- menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta

Melalui Pentaksiran Bilik Darjah, murid dapat:
- mengesan perkembangan diri
- mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam pembelajaran
- meningkatkan pencapaian pembelajaran