...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Wednesday, 10 May 2017

GOTONG ROYONG MEGA BERSEPADU PERANGI AEDES SIRI 1 PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2017

Tarikh : 9 Mei 2017 ( Selasa) 
Masa : 2.30 petang hingga 3.30 petang
Tempat : kawasan sekolah

Pada tarikh 9 Mei 2017 lalu, SKKFST turut menyertai Program Gotong-Royong Mega Bersepadu Perangi Aedes Peringkat Kebangsaan tahun 2017 yang turut dijalankan serentak diseluruh Negara.
Kerja gotong-royong dilakukan dengan pembahagian beberapa kumpulan supaya kerja gotong royong dapat dilaksanakan dengan cepat. Gotong royong dipusatkan di bahagian luar dan dalam bangunan sekolah sebagai satu usaha untuk membebaskan kawasan sekolah daripada tempat pembiakan nyamuk aedes. 
 Taklimat kerja gotong royong daripada GPK HEM En.Mohd Sabri bin Mohd.
 Pembahagian kumpulan mengikut kawasan yang telah ditetapkan.
 " Tiada Aedes Tiada Denggi "

Monday, 8 May 2017

SELAMAT BERCUTI


KEJOHANAN CATUR MSSD SETIU 2017

Tarikh : 8 Mei 2017
Tempat : Dewan SMK Chalok

Setiu - Kejohanan Catur MSSD Setiu 2017 telah diadakan dengan jayanya. Tahniah diucapkan kepada Adik Noraiman Shah bin Norazlan Shah o'brien yang berjaya meraih tempat ke-10 daripada 64 orang perserta dalam kejohanan tersebut. Tahniah juga kepada 3 peserta dari SKKFST yang lain walaupun tidak berjaya meraih kemenangan.
 Peserta menunggu perlawanan bermula.
 Adik Noraiman Shah bin Norazlan Shah o'brien menerima pingat daripada En.Rosmadi bin Nasir 
(Pen. PPD (Pembangunan Sukan).


Sunday, 7 May 2017

AKTIVITI SELEPAS PERKHEMAHAN

Dah guna kena la basuh kan...:) gotong royong membersihkan khemah dilakukan oleh murid tahap 2 dan guru-guru di tapak perhimpunan sebelum PDP bermula.

Saturday, 6 May 2017

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM PERINGKAT SEKOLAH 2017

Setiu - Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Sekolah Tahun 2017 telah sempurna dijalankan pada
 3 hingga 5 Mei 2017 bertempat di Tapak Perkhemahan SKKFST. Perkhemahan tersebut telah dikelolakan oleh Unit Kokurikulum  di bawah pengurusan Guru Penolong Kanan Kokurikulum, En Faizal bin Din. Ahli perkhemahan pada tahun ini dianggotai oleh Pasukan Pengakap dan Puteri Islam yang telah dipecahkan kepada 6 kumpulan.
Pelbagai program aktiviti telah disediakan dan berjaya dijalankan. Antaranya terdiri daripada pertandingan malam kebudayaan,pertandingan kawad kaki, pertandingan masakan, sukaneka dan khemah terbaik.
 Objektif utama aktiviti perkhemahan ini adalah untuk menguji ketahanan mental, fizikal dan rohani peserta dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan mencabar.

kem komandon - En Wan Izimi bin Wan Md Zin 
 
 Pendaftaran peserta pada hari pertama seawal jam 3.00 petang.
 Antara pintu khemah peserta yang sudah siap terbina dihari petama
 Sesi membuat gajet oleh peserta dibantu guru penasihat.
  Pusat memasak yang dijalankan mengikut jadual yang telah disediakan di khemah urusetia.
 Taklimat peserta oleh GPK Kokurikulum Cikgu Faizal.
 Aktiviti pertama dihari pertama adalah pertandingan malam kebudayaan bertemakan filem "P-Ramlee".pelbagai gelagat dan telatah lucu serta tak kering gusi dibuatnya.
 Aktiviti Kedua dihari kedua adalah pertandingan kawad kaki.
 Aktiviti ketiga dihari kedua adalah pertandingan memasak.Pelbagai bentuk dan variasi rasa cek mek molek yang direka oleh peserta.
 Riadah pagi diisi dengan aktiviti jogging selama 10 minit.
 Aktiviti keempat dihari kedua iaitu sukaneka.Antara acara yang telah dijalankan adalah masuk air dalam botol, jalan batu bata, gelek bola dalam gelung dan cari gula-gula dalam tepung.
 Jamuan BBQ sebelum aktiviti night-walk dijalankan dimalam terakhir perkhemahan.
 night-walk
 Pemerikasaan khemah terbaik.
 Majlis penutup diadakan pada hari terakhir perkhemahan, 5 Mei 2017 tepat jam 10.30 pagi. Penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh GPK Pentadbiran En Mohd Amri bin Hussain diiringi GPK KO En Faizal bin Din.
 TAHNIAH diucapkan kepada Unit Kokurikulum dan warga SKKFST di atas kejayaan perkhemahan unit beruniform peringkat sekolah bagi sesi 2017 ini.Segala yang baik datang daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu daripada kita sendiri.Semoga para perserta juga memperolehi sesuatu dan dapat diadaptasikan di dalam kehidupan seharian mereka.In sha Allah...