...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Didekatkanlah syurga itu kepada orang-orang yang bertaqwa pada tempat yang tidak jauh dari mereka. Inilah yang dijanjikan kepadamu, iaitu kepada setiap hamba yang selalu kembali pada Allah lagi memelihara semua peraturan-peraturan-Nya. Orang yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, sedang Dia tidak kelihatan olehnya dan dia datang dengan hati yang bertaubat. Masukilah syurga itu dengan aman, itulah hari kekekalan. Mereka di dalamnya memperoleh apa yang mereka kehendaki dan pada sisi Kami ada tambahannya.” (Al-Quran, Qaaf: 31-35)"

Wednesday, 10 May 2017

GOTONG ROYONG MEGA BERSEPADU PERANGI AEDES SIRI 1 PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2017

Tarikh : 9 Mei 2017 ( Selasa) 
Masa : 2.30 petang hingga 3.30 petang
Tempat : kawasan sekolah

Pada tarikh 9 Mei 2017 lalu, SKKFST turut menyertai Program Gotong-Royong Mega Bersepadu Perangi Aedes Peringkat Kebangsaan tahun 2017 yang turut dijalankan serentak diseluruh Negara.
Kerja gotong-royong dilakukan dengan pembahagian beberapa kumpulan supaya kerja gotong royong dapat dilaksanakan dengan cepat. Gotong royong dipusatkan di bahagian luar dan dalam bangunan sekolah sebagai satu usaha untuk membebaskan kawasan sekolah daripada tempat pembiakan nyamuk aedes. 
 Taklimat kerja gotong royong daripada GPK HEM En.Mohd Sabri bin Mohd.
 Pembahagian kumpulan mengikut kawasan yang telah ditetapkan.
 " Tiada Aedes Tiada Denggi "

No comments:

Post a Comment