...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Wednesday, 6 March 2019

PERMOHONAN KEMASUKAN MURID KE PRASEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) TAHUN 2020

 Perhatian kepada para ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak ke dalam sekolah Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Anda boleh mula mendaftarkan anak ke dalam Prasekolah sesi 2020. Anda perlulah membuat permohonan awal bagi mengelakkan anak anda tercicir memasuki prasekolah.

Permohonan kemasukan murid ke Prasekolah KPM bagi sesi persekolahan tahun 2020 akan dibuka mulai 1 Mac 2019 hingga 31 Mei 2019 melalui dua kaedah:
        1. Permohonan  secara atas talian boleh dibuat melalui https://eprasekolah.moe.gov.my mulai 1 Mac 2019 hingga 30 April 2019. Pemohon perlu:
a.muat turun dan fahami manual pengguna;
b.daftar pengguna dan simpan / cetak maklumat pengguna (katalaluan);
c.lengkapkan maklumat permohonan;
d.cetak borang permohonan yang telah lengkap diisi;
e.serah borang permohonan yang telah lengkap diisi serta dokumen yang diperlukan ke sekolah yang dipohon sebelum tarikh tutup

       2. Permohonan manual boleh dibuat mulai 1 Mac 2019 hingga 31 Mei 2019. Pemohon perlu:
a.mengambil borang permohonan di sekolah yang dipohon
b.lengkapkan borang permohonan
c.sediakan dokumen yang diperlukan
d.hantar borang permohonan berserta dokumen yang berkaitan ke sekolah yang dipohon sebelum tarikh tutup

            Syarat permohonan
1.Warganegara Malaysia
2.Kanak-kanak yang lahir antara 02.01.2014 – 15.01.2016

Saturday, 2 March 2019

PROGRAM I'M SAFE 'GEN-T SEJAHTERA'


I'm Safe adalah Program Anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu berkenaan dengan Kempen Anti Dadah atau Kami Selamat Daripada Dadah.

Kempen ini adalah untuk membebaskan diri, keluarga dan masyarakat daripada terjebak dengan dadah.

I'm Safe telah dilancarkan di peringkat Sekolah pada 24 Feb 2019. Program berlansung selama seminggu yang dipenuhi pelbagai program dan aktiviti  sehingga 28 Feb 2019 di bawah pengelolaan Unit Pencegahan Dadah serta Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah. Sepanjang seminggu ini, pelbagai program telah disusun dan akan dilaksanakan dengan jayanya melibatkan semua warga SKKFST.
Ahad - Program telah dilancarkan pada hari Ahad yang disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SKKFST Cikgu Zainuddin bin Dollah.
Murid menjawab soalan kaji selidik
Senamrobik I'M SAFE - guru bersama murid-murid diadakan selama dua hari 
  Isnin - Pesan Bestari " keluarga bahagia " disampaikan oleh Ustazah Norasyikin bersama 
Cikgu Yuzrida
  Isnin  - Pesan Bestari " Cara Hidup Sihat " disampaikan oleh Cikgu Zurina Azra
Selasa - Pesan Bestari " kuasa boboi boy" disampaikan oleh Cikgu Wan Izimi
 Rabu - Pesan Bestari " Jom Kenali Dadah " disampaikan oleh Ustazah Aini Salmy
 Khamis - Pesan Bestari " Tazkiyatus Nafs " disampaikan oleh Ustaz Rasidi. Sekaligus menjadi slot terakhir dan penutup untuk program I'M SAFE 2.0 pada tahun ini.

Jutaan Terima Kasih kepada semua warga SKKFST dalam menjayakan program ini dengan jayanya. Semoga Tuhan sahaja dapat membalas segala kerja buat kita.










Tuesday, 26 February 2019

PERMOHONAN TAHUN 1 AMBILAN 2020/2021


Maklumat mengenai permohonan Pendaftaran Online Tahun 1 2020/2021 kemasukan Tahun 1 ambilan 2020/2021 adalah seperti berikut:
  1. Permohonan melalui Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) KPM – hanya untuk seluruh negeri di Semenanjung Malaysia sahaja. Manakala bagi Negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, permohonan adalah secara manual melalui sekolah.
    • Dibuka mulai 1 Mac 2019 hingga 30 April 2019
    • Hanya ibu/bapa/penjaga sahaja yang dibenarkan membuat permohonan bagi murid tersebut
    • Layari https://public.moe.gov.my/ untuk akses ke sistem permohonan dalam talian bagi pengguna berdaftar. Manakala bagi pengguna baharu, sila layari https://public.moe.gov.my/?kpm=daftarpengguna untuk pendaftaran pengguna baharu.
    • Kemasukan Tahun 2020 adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2013 hingga 1 Januari 2014.
    • Kemasukan Tahun 2021 adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2014 hingga 1 Januari 2015.
  1. Permohonan secara manual melalui sekolah 

Saturday, 23 February 2019

TAHNIAH..SETIU NELANG!!!

 KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSST TERENGGANU 2019
TARIKH : 21 FEB 2019
HARI : JUMAAT
TEMPAT : GELANGGANG BOLA TAMPAR SMK BUKIT NENAS ( SSTBN )
KEPUTUSAN : TEMPAT KE-3 MSST

KONTINJEN SETIU B12 adalah gabungan team dari SKKFST dan SKLJ di bawah pimpinan jurulatih-jurulatih yang hebat dan berpengalaman. Tahniah dan syabas diucapkan...

Sunday, 17 February 2019

JOM KE SEKOLAH

18 FEB 2019 - Serentak seluruh Malaysia, pagi ini Program Jom Ke Sekolah telah diadakan. Program Jom Ke Sekolah adalah merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Polis Diraja Malaysa (PDRM) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

PPS yang dilantik menjaga SKKFST adalah L/KPL 186240 Mohd Helmi bin Awang Yahya. Dalam ucapan beliau tadi banyak menyentuh perihal salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah.
 Terima kasih tuan kerana sudi datang merasmikan program pagi ini di SKKFST.
 Ucapan dan amanat daripada L/KPL 186240 Mohd Helmi bin Awang Yahya
 Ucapan daripada Tuan Guru Besar SKKFST
 Perasmian papan kenyataan PPS Sekolah oleh L/KPL 186240 Mohd Helmi bin Awang Yahya
 Bacaan ikrar yang diketuai oleh ketua murid adik Nur Anis Sofiya bt Yusaimmi


Objektif Program 
  • Menggalakkan pelajar hadir ke sekolah.
  • Mengelakkan berlakunya gejala negatif.
  • Menyemai sikap menghargai masa dalam kalangan pelajar.
  • Meningkatkan pencapaian akademik pelajar.



KARNIVAL OLAHRAGA MSSD SETIU

 TARIKH : 12-13 FEB 2019
HARI : SELASA - RABU
TEMPAT : SMK BUKIT NENAS ( SSTBN )
PENCAPAIAN : 1 PINGAT EMAS
TAHNIAH diucapkan kepada penyumbang satu-satu nya pingat EMAS, Adik Nur Dini Afrina bt Kamaruzaman dalam acara lompat jauh P11.
Terima kasih kepada semua yang terlibat..