...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Wednesday 26 June 2013

MAJLIS SOLAT HAJAT & BACAAN YASIN CALON UPSR 2013

26 Jun 2013 ( selasa ) - Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin Calon UPSR telah diadakan dengan harapan dapat memberi doa dan restu serta keredaan kepada para calon peperiksaan yang bakal menduduki peperiksaan UPSR. Usaha ini merupakan ikhtiar terakhir para pelajar setelah sekian lama berusaha dengan gigih untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik. Program ini juga bertujuan melatih pelajar menjadi insan seimbang bukan sahaja dari segi intelek dan jasmani malahan aspek rohani.
Antara objektif yang ingin dicapai melalui program sebegini adalah
a) mendapat doa dan keredaan daripada Allah S.W.T
b) para calon dapat membuat persediaan yang mantap dari segi emosi dan rohani untuk menghadapi peperiksaan.
c) para calon dapat memperolehi motivasi dan suntikan semangat supaya lebih berkeyakinan diri untuk berjaya pada saat-saat akhir sebelum menduduki peperiksaan.
 Solat hajat telah diimamkan oleh ustaz Ab Rahman iaitu Imam Ladang Fikri
 Sedikit jamuan ringan disediakan pada jemaah yang hadir
Wajah-wajah harapan UPSR 2013.Semoga segala usaha dan perbuatan mendapat berkat dari Nya..

No comments:

Post a Comment