...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Sunday 7 September 2014

SOLAT HAJAT PERDANA UPSR 2014

TARIKH : 4 SEPT 2014
HARI : KHAMIS
MASA : 6.30PM - 9.45PM
TEMPAT : MASJID BESAR KAMPUNG BUKIT NENAS

Sekali lagi buat kali terakhir bagi calon UPSR 2014, pihak sekolah dan PIBG SKKFST telah melaksanakan Majlis Solat Hajat Perdana Sempena UPSR 2014.

Alhamdullillah, majlis telah berjalan dengan baik sekali. Dengan kerjasama yang terbaik daripada semua ibu bapa penjaga calon UPSR 2014, pihak sekolah dan PIBG merasakan ini adalah Majlis Solat Hajat Perdana yang paling baik yang pernah pihak sekolah anjurkan. Acara dimulakan dengan solat maghrib berjemaah, kemudian diikuti dengan solat hajat berjemaah. Setelah selesai, majlis diteruskan dengan bacaan Yasin beramai-ramai.

Sesudah membaca surah yasin beramai-ramai, kemudian diikuti dengan solat isyak berjemaah,  Diharapkan dengan kerjasama, hajat dan doa yang dipohonkan semoga semua impian akan menjadi nyata. Aamiin.


No comments:

Post a Comment