...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Monday 9 May 2016

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2016

SETIU - TAHNIAH diucapkan kepada UNIT KOKURIKULUM SKKFST kerana  berjaya mengadakan Perkhemahan Unit-Unit Beruniform  bagi tahun 2016 yang telah diadakan pada 5-7 Mei 2016. Aktiviti perkhemahan ini melibatkan 66 orang peserta dari tahap dua. Antara objektif perkhemahan ini dilaksanakan adalah untuk mencungkil bakat kepimpinan yang ada pada murid. Pelbagai aktiviti yang dijalankan selama tiga hari dua malam perkhemahan dijalankan. 
Alhamdulillah dengan ketentuan yang maha Esa perkhemahan SKKFST tahun ini berjaya diadakan meskipun keadaan cuaca yang sangat panas..Pelbagai aktiviti perkhemahan diadakan dengan bertujuan dapat membentuk murid mampu berdikari dan menyesuaikan diri dalam setiap situasi. Selain daripada itu, program ini dapat melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.


DAY 1

Persiapan khemah peserta dan menghias tapak khemah masing-masing.
Aktiviti BBQ sebelah malam yang turut dihadiri oleh AJK-AJK PIBG.
Aktiviti ' night walk ' diadakan bertujuan menguji keberanian serta kerjasama pasukan dikalangan peserta.

DAY 2

Pertandingan kawad kaki  diadakan pada sebelah pagi hari kedua perkhemahan.Oleh kerana cuaca sekarang panas, pertandingan ini diadakan pada awal pagi.

Pertandingan memasak diadakan usai solat jumaat.Pertandingan bertemakan 'Nasi Goreng' itu telah dihakimi oleh 3 orang juri yang berpengalaman.Pelbagai gelagat dapat dilihat pada hari itu.
Acara  sukaneka  diadakan selepas asar.Hanya 1 acara dilalukan iaitu ' musang berjanggut '...yang mana peserta diminta mengasingkan 10 jenis rempah ratus dan diletakkan dalam plastik atau bekas yang berlainan..eeemmmmm....macam2 ragam...
Persembahan Pembukaan majlis dimeriahkan lagi dengan nyanyian oleh  GPK pentadbiran dan GPK KO-KU...
Menjadi kelaziman setiap kali perkhemahan adalah Malam Kebudayaan  kn...pelbagai bakat terpendam dapat dicungkil dikalangan murid.Ada yang boleh menyanyi,berlakon,pembaca berita dan macam2 lagi....golongan ibu bapa pun ada yang sporting menyumbangkan suara untuk menghiburkan para hadirin...hihihihi...


DAY 3

Hari ke-3 diakhiri dengan Pertandingan Khemah Terbaik...pelbagai kreativiti dapat dilihat........Juri-juri terdiri daripada GPK-GPK SKKFST.

Perasmian penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SKKFSt En.Zainuddin bin Dollah..TAHNIAH kepada peserta dan Guru Penasihat SEKAWAN MERAH yang telah menjadi JOHAN KESELURUHAN pada Tahun 2016.
TAHNIAH KEPADA SEMUA PESERTA  DAN SYABAS KEPADA YANG TELAH MEMENANGI PELBAGAI  PERTANDINGAN...

Kalau Ada Sumur Di Ladang
Boleh Saya Menumpang Mandi
Kalau Ada Umur Yang Panjang
Tahun Hadapan KIta Berkhemah Lagi...!!!!!






No comments:

Post a Comment