...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Tuesday 17 May 2016

SAMBUTAN HARI GURU & HARI PEKERJA 2016 PERINGKAT SEKOLAH


16 MEI - Sambutan Hari Guru merupakan satu pengiktirafan buat semua yang bergelar 'cikgu'. Semoga dengan pengiktirafan ini dapat menyemarakkan lagi iltizam dan tekad serta ikhtiar dalam usaha kita menjana dan mengangkat martabat profesion keguruan sebagai profesion yang dipandang tinggi semurni tugas seorang guru.

Sambutan Hari Guru diadakan serentak bersama Hari Pekerja memandangkan hari pekerja juga jatuh pada bulan Mei. Dengan bertemakan "Sukan" pada tahun ini, sambutan kali ini sangat meriah.

Aturcara Sambutan :
-Guru-guru berkumpul di Arena Bola Tampar
-Sukaneka
REHAT
-Berkumpul di kantin
-Nyanyian lagu Negaraku
-Ucapan Ketua Murid
-Bacaan perutusan oleh GPK-GPK
-Ucapan Guru Besar
-Ikrar Guru
-Nyanyian lagu Guru Malaysia dan lagu tema hari guru
-Persembahan murid
-Pertukaran hadiah
Majlis dimulakan dengan acara sukaneka kerana cuaca sekarang sangat panas.Acara  bermula pada pukul 9.00 pagi.Guru-guru dan staf menyertai pelbagai acara seperti sedut kacang soya, boling  menggunakan buah kelapa, masuk air dalam botol dan sambut belon antara rumah -rumah sukan.Suasana begitu meriah kerana guru-guru dan staf serta Murid-murid sangat bersemangat kerana  masing-masing memberikan sokongan kepada pasukan pilihan mereka.
kusyuk mendengar taklimat daripada pengelola majlis  Cikgu hesham.

Acara sukaneka selesai pada jam 10.00 pagi dan warga SKKFST  telah berkumpul di Kantin Sekolah jam 10.30 pagi. Majlis Rasmi dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku, Seterusnya ucapan alu-aluan oleh Ketua Murid Sekolah .Dalam ucapannya,Ketua Murid yang mewakili semua murid menyampaikan ucapan Selamat Hari Guru dan ucapan terima kasih kepada guru-guru,serta mendoakan mereka. Seterusnya majlis. Diteruskan dengan Bacaan perutusan oleh GPK Pentadbiran dan GPK Hem dan diakhiri dengan ucapan oleh Tuan Guru Besar, En Zainuddin bin Dollah. Majlis kemudian digamatkan lagi dengan persembahan nyanyian lagu tema Hari Guru dan lagu “ Kami Guru Malaysia” dan seterusnya bacaan ikrar Hari Guru yang diketuai oleh Cikgu Wan Izimi.
Bacaan ikrar dan nyanyian lagu tema hari guru.
Acara  persembahan oleh murid-murid Tahap Satu dan dua.
Sesi cabutan bertuah.
Skuad ATRA Langkap datang menyumbangkan kek Hari Guru kepada SKKFST.Terima kasih diucapkan kepada YB Dato’ Sabri Mohd Nor.
Majlis sambutan berakhir kira-kira jam 01.30 tengah hari dengan acara penyampaian hadiah  acara sukaneka dan pertukaran hadiah antara guru.
SELAMAT HARI GURU  DAN HARI PEKERJA 2016

No comments:

Post a Comment