...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Wednesday 27 July 2016

MAJLIS SOLAT HAJAT & BACAAN YASSIN UPSR 2016

27 Julai 2016 ( Rabu ) - Unit Kurikulum bersama Panitia Agama Islam telah mengadakan Solat Hajat fasa 1 untuk murid-murid tahun 6 yang bakal menduduki UPSR pada tahun ini. Solat hajat ini diadakan bertempat di Masjid TDM Ladang Fikri.

          Majlis dipengerusikan oleh Cikgu Wan Izimi bin Wan Md Zin.Turut hadir ialah Tuan Guru Besar,En.Zainuddin bin Dollah, guru-guru, kakitangan, PIBG dan ibu bapa murid tahun 6. Majlis solat hajat telah diimamkan oleh Ustaz Abdul Rahman,Imam Masjid TDM Ladang Fikri. Majlis bermula dengan solat maghrib berjemaah pada jam 7.30 malam diikuti dengan solat hajat,bacaan Yassin dan ucapan Guru Besar serta penyampaian cenderamata kepada Imam.Semoga calon-calon UPSR 2016 tenang menghadapi peperiksaan UPSR dan akan mendapat keputusan yang cemerlang.Amiinn.....
 Ramai ibubapa  telah hadir dalam Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat ini.
Kehadiran ibubapa pada hari ini amat menggalakkan walaupun diadakan pada hari bekerja sekaligus membuktikan bahawa mereka benar-benar prihatin terhadap anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan tidak lama lagi.
Majlis diakhiri dengan jamuan ringan di perkarangan Masjid.Jutaan terima kasih kepada semua yang hadir untuk menjayakan majlis solat hajat.Semoga segala usaha yang telah kita buat akan membuahkan hasilnya.selebihnya berserahlah hanya pada yang Satu.
 

No comments:

Post a Comment