...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Sunday 17 July 2016

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR

Hari ini, semua murid tahun 6 telah menduduki peperiksaan percubaan UPSR. seramai 21 orang calon SKKFST akan berjuang demi masa hadapan masing-masing. di kesempatan ini, admin ingin mengucapkan selamat maju jaya dan semoga mendapat keputusan yang cemerlang. disini, admin kongsikan sedikit tips-tips bagi menghadapi peperiksaan. 
1.Datanglah dengan bersedia dan lebih awal 
 2.Tenang dan percayakan diri sendiri. jangan ulangkaji dengan masa yang suntuk dan kelam kabut. 3.Bersantailah tapi berhati-hati.
 4.lihat soalan-soalan terlebih dahulu. ambil masa untuk membaca kertas soalan dan fahami kehendak jawapan. gariskan isi penting. 
5.Jawab soalan secara strategik. mulakan dengan menjawab soalan yang mudah. pastikan anda mempunyai kata kunci atau peta minda.
 6.Semasa menjawab soalan aneka pilihan, ketahuilah jawapan yang patut dipilih 
 7.Semasa menjawab soalan karangan, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis. Buat rangka karangan secara ringkas untuk karangan tersebut. 
 8.Semasa menjawab soalan karangan, jawab pada persoalannya 
9. Bahagikan waktu anda untuk memeriksan jawapan 
 10. Analisa jawapan anda 
 11. berdoa dan bertawakal kepada allah.

No comments:

Post a Comment