...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Tuesday 22 August 2017

Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah

Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2017
Tempat: Kantin SKKFST
Tarikh: 22 Ogos 2017 ( Selasa )
Masa: 10.30 Pagi

22 Ogos 2017 - Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah telah dilancarkan bertempat di Kantin SKKFST. Program dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku & Selamat Sultan, ucapan Tuan Guru Besar dan Seterusnya gimik pelancaran yang disempurnakan oleh para pentadbir. Persembahan khas iaitu deklamasi sajak oleh cikgu Sulaiman bin Salleh menyerikan lagi majlis itu.
Tahniah diucapkan.

Pelbagai Program dijalankan sempena bulan kemerdekaan pada tahun ini. Antaranya Pertandingan mewarna, Pertandingan melukis poster, Hiasan kelas patriotik,Pertandingan basikal berhias dan pakaian beragam. Semoga program yang telah dijalankan berupaya menyemarakkan sambutan pada tahun ini seterusnya menanam rasa bangga dan cinta akan negara dalam kalangan murid-murid dan warga sekolah.
Negaraku #sehatisejiwa #60tahunmerdeka
 Nyanyian Lagu Negaraku,Selamat Sultan & Sehati Sejiwa
 Gimik Pelancaran
 Ucapan Perasmian oleh Tuan Guru Besar.

Warna-Warni 60 Tahun Merdeka
Tahniah kepada unit Kokurikulum dan pasukan di bawah bimbingan En.Faizal bin Din di atas kejayaan mengadakan majlis gilang gemilang ini.Semoga semarak kemerdekaan ini boleh ditanamkan ke dalam jiwa murid-murid dan seluruh warga SKKFST.

No comments:

Post a Comment