...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Saturday 5 August 2017

AKHIRNYA...SINGGAH JUGA DI SINI

 6 Ogos 2017 - Seawal pagi SKKFST dikejutkan dengan kehadiran Tuan Pengarah JPNT, Tuan Haji Shafruddin bin Ali Hussin.Beliau tiba kira-kira jam 8.30 pagi tadi untuk Lawatan Singgah Sayang Bersama Calon UPSR 2017. Beliau bersama murid Tahun 6 untuk memberi amanat dan dorongan kepada calon UPSR 2017 bagi menghadapi peperiksaan tidak lama lagi.Semoga semua calon akan memperolehi kejayaan yang cemerlang. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Shafruddin kerana sudi datang berjumpa anak-anak SKKFST, juga dalam sejarah buat pertama kali nya sekolah kami dikunjungi seorang Pengarah JPNT. Sekali lagi sekalung ucapan terima kasih diucapkan.
 Tuan Pengarah bersama calon UPSR 2017.
Terima kasih daun keladi...ada masa jemput datang lagi...

No comments:

Post a Comment