...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Tuesday 16 January 2018

PROGRAM HAPUS AEDES DI SEKOLAH 2018

Tarikh : 16 Jan 2018
Hari : Selasa
Tempat : Sekitar Kawasan Sekolah SKKFST
Anjuran : Unit HEM Bersama Unit Kokurikulum
 Ucapan perasmian dan gimik pelancaran disempurnakan oleh En Faizal bin Din ( GPK Pentadbiran )
 Bacaan doa oleh Ustaz Rasidi bin Mat Salleh
Objektif
  1. Menjadikan amalan kebersihan sebagai budaya cara hidup sihat
  2. Memupuk sikap keprihatinan dan komitmen yang tinggi di kalangan warga sekolah tentang pendidikan pencegahan demam denggi
  3. Menjadikan murid sebagai agen perubahan terhadap pencegahan pembiakan nyamuk Aedes
  4. Mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, kondusif, dan bebas pembiakan nyamuk Aedes.





    Penyakit demam denggi ialah penyakit berjangkit yang menjadi satu masalah global di beberapa buah negara seperti Afrika, USA, Mediterranean Timur, Asia Tenggara dan Pasifik Barat.
    Penyakit ini adalah disebakan oleh virus denggi yang dibawa oleh nyamuk Aedes. Di Malaysia, penyakit demam denggi merupakan masalah kesihatan awam. Oleh yang demikian, pihak sekolah telah mengadakan aktiviti gotong royong untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk AEDES di sekolah SKKFST.

" Tiada Aedes Tiada Denggi "

No comments:

Post a Comment