3 Jan 2018 - Pagi ini sekolah dilawati oleh Timbalan Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu En.Matsor bin Ismail bersama sama En.Sharuddin bin A.Razak (Penyelia Sekolah Rendah) dari PPD Setiu yang juga merangkap Pegawai Perhubungan SK kampung Fikri Sungai Tong. Tujuan kedatangan adalah untuk memantau pengurusan dan perjalanan pengajaran & pembelajaran diawal sesi persekolahan tahun ini. Kehadiran Pegawai-pegawai tersebut disambut oleh En.Faizal bin Din, GPK Pentadbiran bersama GPK-GPK.Terima kasih Tuan kerana sudi menziarahi kami di sini..
No comments:
Post a Comment