...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Wednesday 28 February 2018

MASYUARAT AGUNG PIBG KE-20 & BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2018

RABU - 28 FEB 2018, Mesyuarat Agung PIBG kali ke-20 SKKFST telah diadakan dengan jayanya. Mesyuarat ini adalah merupakan agenda tahunan sekolah bagi memilih barisan kepimpinan baru badan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi sesi 2018/2019. Mesyuarat kali ini telah dirasmikan oleh YB DATO' HAJI SABRI BIN HAJI MOHD NOOR ( ADUN LANGKAP ), turut hadir memeriahkan majlis ialah EN.SHARUDDIN BIN A. RAZAK dari PPD Setiu merangkap Pegawai Perhubungan Sekolah bagi sesi 2018.
Organisasi ini merupakan badan sokongan utama sekolah dalam merangka agenda-agenda bagi mereliasasikan kecemerlangan murid baik dalam bidang kurikulum ataupun kokurikulum. Dalam majlis tersebut juga pihak sekolah mengagihkan bantuan awal persekolahan bagi sesi 2018 kepada ibu bapa/penjaga.
Sesi pendaftaran ibu bapa seawal jam 10.30 pagi.
Ketibaan YB Dato' telah disambut dengan meriah bersama paluan kompang dan diiringi tuan Guru Besar serta barisan murid-murid.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh Ustaz Rasidi bin Mat Salleh serta alunan merdu ayat suci Al-Quran yang dibaca oleh adik Ahmad Sauqi bin Saifuddin.
 Ucapan alu-aluan Tuan Guru Besar Sk First
 ucapan dan amanat En. Sharuddin bin A.Razak.
 Ucapan YDP PIBG Tuan Haji Dollah bin Mat Ali.
Ucapan perasmian oleh YB Dato' Hj Sabri bin Hj Mohd Noor ( Adun Langkap ).
 Barisan jemputan VIP yang turut hadir.
Perasmian Mesyuarat Agung PIBG dengan ketukan gong sebanyak 3 kali oleh YB Dato'.
 Gimik penyerahan bantuan awal persekolahan.
 Penyerahan sijil penghargaan di atas perkhidmatan cemerlang kepada semua AJK-AJK.
Terima kasih daun keladi..ada masa jemput datang lagi...
Sebelum berangkat..YB Dato' Hj Sabri sempat ditemubual oleh wartawan TV PSS SK First.
Suasana pelantikan AJK bagi sesi 2018/2019. Tahniah kepada semua yang telah dilantik.
Pengagihan bantuan awal persekolahan kepada ibu bapa / penjaga mengikut kelas masing-masing.

Pihak pengurusan sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah terlibat memberikan segala komitmen sepanjang majlis diadakan. Semoga segala usaha buat kita diberkati oleh Allah jua.

No comments:

Post a Comment