...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Tuesday 14 August 2018

MINGGU SIHAT DOKTOR MUDA 2018

15 Ogos - Bertempat di Kantin sekolah, telah berlangsung Minggu Sihat Doktor Muda yang dikendalikan sepenuhnya oleh Kelab Doktor Muda SKKFST 2018.
Acara bermula seawal jam 8.00 pagi dengan bacaan Perutusan Menteri Kesihatan Malaysia yang disampaikan oleh Doktor Muda Nur Anis Sofiya bt Yusaimmi dan Doktor Muda Wan Insyirah Sakina bt Wan Izimi, diikuti dengan slot Penerangan tentang wabak penyakit dan cara menjaga kesihatan oleh Cikgu Yuzrida bt  Awang selaku Guru Penyelaras Kelab Doktor Muda.
Acara diakhiri dengan memberikan semua murid 'hand sanitizer' sebagai langkah pertama dalam menjaga kesihatan diri. Tahniah Kelab Doktor Muda SKKFST.

No comments:

Post a Comment