...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Saturday 11 August 2018

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN MERIAH

12 Ogos 2018, Ahad -  Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah SKKFST telah diadakan pagi ini di Dataran Perhimpunan selesai sahaja perhimpunan pagi. Semua murid dan guru bersama-sama meraikan malis penuh bermakna ini. Majlis telah dimulakan dengan nyanyian lagu patriotik dan kibaran jalur gemilang. Ini diikuti dengan bacaan doa, ucapan perasmian serta pelancaran gimik oleh Guru Besar SKKFST, En Zainuddin bin Dollah.

Program ini juga dapat menaikkan semangat patriotik dalam kalangan murid untuk mengimbau sejarah perjuangan orang dulu menuntut kemerdekaan Negara yang dikecapi hingga kini. Tahun ini kita akan menyambut ulangtahun hari kebangsaan yang ke-61.Alhamdulillah....




TAHNIAH Unit Kokurikulum SKKFST...


No comments:

Post a Comment