Sunday, 21 July 2013
Sunday, 14 July 2013
SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BARU
at
00:22
SKKFST kehilangan seorang kakitangan iaitu Pn.Fazilah Jamiah binti Wahab ( Baju Pink ) yang akan memulakan khidmatnya di tempat baru esok di SK Methodist Petaling Jaya, Selangor. Beliau telah berkhidmat selama 2
tahun lebih di SKKFST.Warga SKKFST mengucapkan Selamat Bertugas di tempat baru.Kami
merakamkan jutaan terima kasih atas segala khidmat bakti yang telah
dicurahkan di sini.
Saturday, 13 July 2013
PENGISIAN BULAN RAMADHAN
at
22:59
Pengisian Bulan Ramadhan di SKKFST diisi dengan bertadarus Al-Quran yang mana murid dan guru dibahagikan kepada beberapa kumpulan .Tadarus dilakukan di kantin sekolah bagi menghabiskan waktu rehat.
Semoga apa yang kita lakukan akan mendapat berkat dan keredhaan Nya...amin
"Amalan tadarus Al-Qur’an Rasulullah itu, telah menjadi ikutan dan dihayati oleh para
sahabat dan orang-orang soleh dari dahulu hingga kini. Mereka bertadarus Al-Qur’an
sehingga tamat beberapa kali sepanjang bulan Ramadhan. Ada yang mengkhataminya
seminggu sekali, tiga hari sekali, sekali setiap malam atau lain lain tempoh mengikut kesungguhan serta keupayaan masing-masing.
Imam Asy-Syaaf’i umpamanya dilaporkan dua kali tamat dalam sehari di bulan Ramadhan. Seorang ulama' lain bernama Mujahid, khatam Quran antara Maghrib dan Isyak
pada setiap malam di bulan Ramadhan. Qatadah pula mengkhataminya setiap tiga malam sebelum sepuluh terakhir Ramadhan. Manakala dalam tempoh sepuluh terakhir beliau mengkhataminya setiap malam.
Selain itu, ulama terdahulu telah menangguhkan majlis majlis ilmu mereka di bulan
Ramadhan bagi memberi lebih tumpuan terhadap Al-Qur’an. Imam Az-Zuhri misalnya
apabila tiba bulan yang berkat ini, beliau menangguhkan sebarang majlis ilmu, bagi
menghayati tilawah dan mendalami Al-Qur’an. Beliau membacanya pada mashaf.
Demikian juga Imam Malik r.a. beliau meninggalkan buat sementara waktu sebarang
aktiviti pengajian hadis dan fekah bagi mentadabbur Al-Qur’an. Sehubungan ini beliau
pernah menyatakan: “ هذا شهر القرأن ”. Ertinya, ini ialah bulan Al-Qur’an.
Perhatian: Mengikut Imam Nawawi, sebahagian Ulama' menghukum makruh
mengkhatamkan Al-Quran dalam sehari semalam. Mereka berdalilkan hadis sahih dari Abdullah bin Amru bi Al-A'ss katanya:

قال رسول الله : لا يفقه من قرأ القرأن في أقل من ثلاث
Maksudnya: Tidak dianggap faqih seseorang yang mengkhatamkan
Quran kurang dari 3 hari."
Quran kurang dari 3 hari."
Saturday, 6 July 2013
SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BARU
at
23:37
SKKFST kehilangan seorang tenaga pengajar iaitu En. Norudin bin Yahya ( memakai kacamata hitam ) yang telah memulakan khidmatnya di tempat baru hari ini di SK Lembah Bidong,Setiu. Beliau telah berkhidmat selama 8 tahun di SKKFST.Warga SKKFST pastinya akan merindui cikgu Norudin dan mengucapkan Selamat Bertugas di tempat baru.Kami
merakamkan jutaan terima kasih atas segala khidmat bakti yang telah
dicurahkan di sini.Tugas terakhir Cikgu Norudin di SKKFST adalah menjadi Hakim bagi Kejohanan Balapan Dan Padang 2013 pada 4 Julai lepas.
KEJOHANAN BALAPAN & PADANG KALI KE 4 TAHUN 2013
at
20:07
Setiu 3-4 Julai 2013 (Rabu & Khamis). Alhamdulillah...Bertempat
di Arena Fikri dengan disaksikan oleh
kehadiran hampir 100 tetamu, murid, guru dan para atlet yang
mengambil bahagian, telah berlangsung upacara gilang-gemilang Majlis
Pembukaan Rasmi Kejohanan Balapan Dan Padang SKKFST kali ke-4 tahun 2013. Kejohanan
kali ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Dollah bin Mat Ali merangkap YDP PIBG SKKFST.Tuan YDP
melalui ucapan perasmiannya telah menyarankan bahawa penglibatan para murid dalam kejohanan berprestij seperti ini memerlukan pengorbanan yang
jitu dari semua pihak iaitu atlet itu sendiri, para jurulatih dan
ibubapa sebagai pendorong dan pemberi semangat kepada murid yang
mengambil bahagian. Kejohanan pada kali ini juga turut menyaksikan
sebanyak 4 kontigen yang telah mengambil bahagian iaitu terdiri daripada rumah Kuning,Rumah Biru,Rumah Hijau dan Rumah Merah.
Kejohanan pagi yang damai itu dimulakan dengan perbarisan masuk lintas hormat daripada rumah-rumah sukan yang bertanding.
Bacaan doa oleh Cikgu Wan Izimi..Ucapan Alu-aluan oleh Cikgu Rosliwati mewakili Puan Guru Besar Dan Ucapan Perasmian oleh YDP PIBG SKKFST Tuan Haji Dollah bin Mat Ali.
Penuh Semangat!!!..Lafaz ikrar kejohanan diketuai oleh adik Muhammad Nur Ieman bin Norudin.
Barisan atlet yang akan berjuang habis-habisan demi mencari gelaran JUARA.
Kami kongsikan bersama gambar-gambar kejohanan yang sempat dirakamkan oleh jurulensa SKKFST.
Majlis penyampaian yang telah disempurnakan oleh Tuan Haji Dollah bin Mat Ali.
kehadiran ibu bapa memeriahkan suasana kejohanan tersebut.
JUARA keseluruhan telah dirampas oleh Rumah Kuning yang buat pertama kalinya berjaya merampas gelaran JOHAN sekaligus menewaskan juara bertahan iaitu Rumah Biru !!!
Keputusan Akhir adalah :
Tempat ke - 4 : Rumah Merah
Tempat ke - 3 : Rumah Hijau
Naib Johan : Rumah Biru
Johan : Rumah Kuning
*** Tahniah dan Syabas kepada yang menang...yang tewas usah menjerut rasa..cuba lagi dilain acara..lain masa...
AKHIR KATA JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA YANG TERLIBAT MENJAYAKAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE 4 TAHUN 2013 SAMADA SECARA LANGSUNG
ATAU TIDAK LANGSUNG.
KITA JUMPA LAGI TAHUN DEPAN!!!
Tuesday, 2 July 2013
ANUGERAH HARI GURU PERINGKAT DAERAH SETIU 2013
at
21:06
SETIU - 20 Jun 2013 Sambutan Hari Guru & Anugerah Kualiti Pendidikan peringkat Daerah Setiu telah berlangsung.SKKFST turut menerima beberapa anugerah pada hari tersebut.
TAHNIAH DI ATAS 3 ANUGERAH YANG DIMENANGI :
1. ANUGERAH PENGURUSAN TERBAIK KATEGORI SEKOLAH RENDAH 2013
2. ANUGERAH KHAS SUKAN / OLAHRAGA 2013
3. ANUGERAH SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN 2013
Turut menerima Anugerah pada hari tersebut ialah Pn.Siti Fasha binti Abdul Mubarak - ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2013.Tahniah diucapkan.

Wednesday, 26 June 2013
MAJLIS SOLAT HAJAT & BACAAN YASIN CALON UPSR 2013
at
21:31
26 Jun 2013 ( selasa ) - Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin Calon UPSR telah diadakan
dengan harapan dapat memberi doa dan restu serta keredaan kepada para
calon peperiksaan yang bakal menduduki peperiksaan UPSR. Usaha
ini merupakan ikhtiar terakhir para pelajar setelah sekian lama berusaha
dengan gigih untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik. Program ini
juga bertujuan melatih pelajar menjadi insan seimbang bukan sahaja dari
segi intelek dan jasmani malahan aspek rohani.
Antara objektif yang ingin dicapai melalui program sebegini adalah
a) mendapat doa dan keredaan daripada Allah S.W.T
b) para calon dapat membuat persediaan yang mantap dari segi emosi dan rohani untuk menghadapi peperiksaan.
c) para calon dapat memperolehi motivasi dan suntikan semangat supaya lebih berkeyakinan diri untuk berjaya pada saat-saat akhir sebelum menduduki peperiksaan.

Solat hajat telah diimamkan oleh ustaz Ab Rahman iaitu Imam Ladang Fikri
Sedikit jamuan ringan disediakan pada jemaah yang hadir
Wajah-wajah harapan UPSR 2013.Semoga segala usaha dan perbuatan mendapat berkat dari Nya..
Monday, 24 June 2013
KEM KECEMERLANGAN UPSR & PRA UPSR 2013
at
19:32
Pada 20 hingga 22 Jun SKKFST telah mengadakan Kem Kecemerlangan UPSR & PRA UPSR
2013 di Seri Indah Resort,Batu Burok dengan jayanya.Program tersebut telah dianjurkan
oleh Unit Kurikulum SKKFST.Penganjuran Kem
seperti ini diharapkan dapat membantu para peserta menambahkan lagi
pengetahuan dalam persediaan bagi menghadapi UPSR 2013.Pelbagai aktiviti
dijalankan seperti teknik menjawab soalan Sains,Bahasa Melayu,Bahasa
Inggeris serta motivasi diri.Semoga segala usaha yang dilakukan
oleh para peserta Kem dan guru-guru dimakbulkan.Amin...
Kami kongsikan bersama gambar-gambar yang sempat dirakamkan oleh jurulensa SKKFST.
Kami kongsikan bersama gambar-gambar yang sempat dirakamkan oleh jurulensa SKKFST.
Ketibaan para peserta kem di Seri Indah Resort tepat jam 1.00 petang
Taklimat Kem disampaikan oleh Cikgu Md Hesham bin ismail merangkap Ketua Urusetia Kem
Sesi motivasi diri diadakan pada jam 3.00 petang yang telah disampaikan oleh YM Tuan haji Syed Othman bin Syed Hassan.Pendekatan A-F yang diberi oleh beliau diharap dapat digunapakai dan difahami oleh peserta kem.Ribuan terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi meluangkan masa bersama kami.
Tukar angin - suasana pembelajarann di luar kelas dalam suasana aman lagi damai,diharap para peserta dapat menimba ilmu sebaik mungkin daripada fasilitator-fasilitator hebat SKKFST.
Riadah - sesi riadah, peserta dibenarkan mandi kolam untuk menghilangkan kepenatan
belajar masing-masing
Akhir kata,Ribuan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini samada secara langsung atau tidak langsung.
JUMPA LAGI TAHUN DEPAN!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)