...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Monday, 6 January 2014

PERSEDIAAN AWAL TAHUN 2014

Gambar sekadar hiasan

Mesyuarat Pengurusan Sekolah kali pertama tahun 2014 telah diadakan pada 26 Disember 2013 yang lalu manakala mesyuarat pengurusan telah diakdakan bermula Ahad 29 Dis 2013 yang lalu.Mesyuarat panitia-panitia pula akan diadakan pada sebelah petang nya Melalui mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pn.Zakiah binti Hasshim (Guru Besar) ini guru-guru didedahkan dengan program-program dalam kurikulum, HEM serta kokurikulum yang telah dirancang untuk tahun 2014. Pada mesyuarat ini juga guru-guru diberi jadual waktu mengajar mengikut kelas masing-masing.

Sunday, 29 December 2013

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2014

Selamat kembali ke sekolah diucapkan kepada semua warga SKKFST. Rabu ini akan  bermulanya sesi persekolahan untuk tahun 2014. Selamat datang diucapkan kepada seorang guru baru yang memulakan tugas di SKKFST  iaitu Pn.Zurina Azra binti Che Abdul Rashid dari SK Taman Panglima Taiping,Perak. Semoga dengan kehadiran cikgu akan menambah mutu dan meningkatkan prestasi para pelajar di sekolah ini.

Namun begitu, terima kasih juga diucapkan kepada seorang bekas guru yang pernah berkhidmat di SKKFST ini iaitu Pn. Nor Mastura binti Setapa yang telah pun bertukar ke SK Mengabang Telipot bermula 01.01.2014 nanti. Segala jasa baik cikgu  akan kami kenang hingga ke akhir hayat.

Sunday, 22 December 2013

3 TANDA BERSYUKUR....

Selalulah bersyukur,
Bersyukur dengan apa yang ada,
Bersyukur dengan apa yang diberi...
BUKAN MENYALAK....

Wednesday, 18 December 2013

SELAMAT JALAN 2013 SELAMAT DATANG 2014

Pejam celik...pejam celik...tanpa kita sedari Tahun 2013 perlahan-lahan meninggalkan kita.Beberapa hari lagi Tahun 2014 pula bakal menjelma melakarkan pelbagai cerita samada suka atau duka. Apakah tahun 2013 sudah melakarkan pelbagai sejarah kepada kita???? Wallahua'lam.....

SELAMAT TINGGAL 2013....SELAMAT DATANG 2014

Tuesday, 17 December 2013

PENYEJUK HATI


MANUSIA HANYA AKAN BEROLEH KETENANGAN APABILA FITRAH ATAU ROHANINYA TERISI,SUBUR DAN SIHAT....IA MAHA MENGETAHUI AKAN SEGALA RAHSIA-RAHSIA YANG TERSEMBUNYI.SEGALA SESUATU YANG DI DALAM HATI MANUSIA ADALAH MILIKNYA JUA..BERSERAHLAH KEPADANYA UNTUK MENCAPAI KETENANGAN HIDUP DIDUNIA DAN KEBAHAGIAAN DI AKHIRAT.

Wednesday, 11 December 2013

" BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU MEMIKUL "



TAKRIF BENCANA
   "Sesuatu kejadian yang berlaku secara mengejut, bersifat kompleks dan mengakibatkan kehilangan nyawa, kemusnahan kepada harta benda atau alam sekitar serta menjejaskan aktiviti masyarakat setempat."
"melibatkan sumber, peralatan, kekerapan dan tenaga manusia yang ekstensif daripada banyak agensi serta penyelarasan yang berkesan..."
- Semoga mereka yang terlibat bencana tabah menghadapi dugaan ini. " Berat mata memandang Berat lagi bahu memikul " 

SETIAP KEJADIAN ADA HIKMAH DISEBALIKNYA



Sunday, 1 December 2013

SALAM ISNIN 28MUHARRAM

Wednesday, 27 November 2013

BERITA SEKOLAH

Pihak sekolah ingin memaklumkan kepada tuan/puan maklumat berikut terutamanya kepada
 ibubapa / penjaga murid SKKFST begi sesi persekolahan tahun 2014 :

1. 15 November 2013 ( Jumaat )
  - Cuti akhir tahun bermula

2. 29 Disember 2013 ( Ahad )
- i) 8.30pagi = Taklimat kepada semua ibubapa / penjaga
                        PBS,LINUS,KSSR,RMT,KWAPM,PPPM,
                       VLE FROG,I-THINK 
   ii) 10.30pagi = Rehat, Jamuan ringan

 iii) 11.00pagi = Pendaftaran sesi 2014, membeli dan membayar                                                                                        keperluan sekolah.
                          Menerima laporan dan mengambil buku adab belajar.

3. 30 Disember 2013 ( Isnin )
 - Taklimat Prasekolah

4. 1 Januari 2014 ( Rabu )
 - Sesi persekolahan 2014 bermula. Semua murid diwajibkan hadir.


Sekian,terima kasih
Admin mengucapkan selamat bercuti.Jaga Diri.

RENUNGAN PENYEJUK HATI


Seorang ulama mendapat ujian hebat dalam hidupnya. Saat itu beberapa saudara mengunjungi beliau untuk menghibur. Dalam kesempatan tersebut, dengan tenang beliau berkata: “Aku telah membuat obat dengan 6 resep”. Yang lain lalu bertanya, “apa itu?”. beliau menjawab:

1. Percaya pada ALLAH

2. Aku tahu segala sesuatu yang ditakdirkan pasti terjadi

3. Kesabaran adalah hal terbaik yang musti dilakukan oleh orang yang sedang dalam ujian ALLAH.

4. Bila aku tidak dapat bersikap sabar, apalagi yang bisa aku lakukan, karena kesedihan tidak akan pernah bisa menolong diriku.

5. Bisa jadi aku tertimpa sesuatu yang lebih buruk dari ini.

6. Dari waktu ke waktu aku hanya menikmati kegembiraan.

SUBHANALLAH..

Betapa indahnya urusan kaum muslim itu. Jika ia mendapat nikmat ia besyukur, itu terbaik baginya. jika ditimpa musibah ia bersabar, itu yang terbaik baginya.

Saudaraku, selalu ada hikmah dibalik musibah. Dan selalu ada balasan dari tiap kesabaran. Mari senantiasa berbaik sangka pada ALLAH, karena sungguh, ALLAH lah yang paling mencintai kita. CintaNya tidak hanya lewat suka dan tawa kita, tapi juga lewat musibah dan bencana. Dan yakinlah, ALLAH yang menguasai segalanya tidak akan zalim pada umatNya.

“kami tiada membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada sisi kami ada suatu kitab yang membicarakan kebenaran, dan mereka tidak dianiaya.” ( QS. 23:62 )

“karena sesungguhnya beserta kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya beserta kesulitan itu ada kemudahan.” ( QS 94: 5-6 )

Sahabat Abi Hurairah ra berkata, bahwa Rasulullah saw telah bersabda: Allah swt telah berfirman: “Aku adalah tergantung dalam zhan (prasangka) hamba-Ku kepada-Ku. Sesungguh-nya Aku selalu beserta hamba-Ku selagi dia berdzikir kepada-Ku.” (HR. Bukhari dan Muslim).


Segala puji bagi ALLAH, semoga kita termasuk orang-orang yang bersabar.