Saturday, 6 September 2014
Wednesday, 3 September 2014
Monday, 1 September 2014
BEBERAPA HARI LAGI...
at
21:00
UPSR beberapa hari sahaja lagi…
Hari ini sudah masuk hari ke 2 bulan September dan hanya tinggal 7 hari
lagi untuk anda bersedia.Tetapi bagi yang ingin mengelakkan stress
makanlah kismis dan baca buku pada waktu malam..Tidak perlu hafal secara
keras atau paksaan kerana tidak semestinya yang tidak belajar itu tidak
akan mendapat 5A dan tidak semestinya yang belajar akan mendapat 5A
hanya bergantung kepada takdir tetapi jika anda berusaha
bersungguh-sungguh anda pasti akan dapat jawab.. TIPS Pertama... makanlah Kismis terutama sekali Kismis yang telah dibaca 30 juzuk ayat al quran...Minumlah air yassin yang telah diberikan oleh pihak sekolah atau yang telah dibuat oleh ibu bapa...Baca buku pada waktu malam dan selepas itu makan kismis dan minum air
yassin...kemudian pada keesokkan pagi sebelum mandi atau selepas
bangun pagi cepat-cepat minum air yassin walaupun terdapat air liur basi
di mulut....hehehe..Hanya sedikit petua dan kata-kata semangat daripada admin...
Sunday, 31 August 2014
Wednesday, 27 August 2014
PEMANTAUAN PRA SEKOLAH
at
23:25
27 Ogos 2014 ( Rabu )
Kedatangan pegawai-pegawai dari JPNT agak mengejutkan pihak pengurusan SKKFST serta Cikgu Nik Mazlina selaku Guru Pra Sekolah, Pihak Pengurusan SKKFST difahamkan Pra Sekolah SKKFST telah terpilih sebagai wakil daerah ke peringkat Negeri dalam pertandingan kecemerlangan Pra Sekolah Tahun 2014.Namun,dalam keadaan terkejut itu segala instrumen yang dikehendaki berjaya disediakan oleh Cikgu Nik Mazlina..SELAMAT MAJU JAYA PRA SEKOLAH ADWAN...!!!!

![]() |
| Pegawai JPNT sedang menemubual Guru Pra |
![]() |
| pegawai-pegawai JPNT sempat beramah mesra bersama murid-murid Pra |
![]() |
| Sedikit cenderamata tanda ingatan daripada pihak Pra Sekolah Adwan |
Tuesday, 26 August 2014
KARNIVAL SMART KICK & FUN BALL PRA SEKOLAH PERINGKAT DAERAH SETIU
at
21:46
Pada 26 Ogos 2014, SKKFST turut menghantar wakil ke Karnival Program Kecemerlangan Pendidikan Pra Sekolah yang mewakili Zon Setiu Timur bersama pasukan Pra SK Seri Langkap.Karnival telah diadakan di Dewan Sungai Tarom.
Pertandingan ini bermula hampir jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 2.30
petang yang majlis penutupannya disempurnakan oleh En.Sharuddin bin A.Razak ( Penyelia Sekolah Rendah )dari PPD Setiu.
Tahniah kepada pasukan Zon Setiu Timur yang mendapat Naib Johan dalam pertandingan Futsal semalam.
Setinggi-tinggi Tahniah juga admin ucapkan kepada seorang wakil dari SKKFST iaitu adik Ahmad Shauqi bin Hj Saifuddin kerana telah berjaya dipilih ke peringkat Negeri mewakili Daerah Setiu.
Berita Bergambar :
Gambar sebelum ke gelanggang perjuangan.
Team futsal Zon Setiu Timur bersama jurulatih dan guru pengiring
Taklimat pengadil
Aksi-aksi sicilik di gelanggang....
Salah satu aksi "mengelecek" bola yang mendapat tepukan gemuruh
Majlis penutup dan penyampaian hadiah...
Sunday, 24 August 2014
SEMARAKKAN KECINTAAN KEPADA NEGARA....
at
19:51
Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
CintaCinta kepada nusa
Kini dan selamanya
Tak berbelah bagi
Cinta bergema
Sejarah kebangkitan
Semangat bagai pahlawan
Alangkah oh bertuahnya
Kita
Punya rasa yang dalam
Pada pertiwi ini
Kita terus berganding ke mercu
Chorus
Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita
Segala cabaran
Kita terus tempuhi
Jangan ada yang leka
Tetap berjuang
Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita
Ayuhlah berbakti
Hingga akhirnya
MERDEKA!!!MERDEKA!!!MERDEKA!!!
Saturday, 23 August 2014
TAHNIAH KEPADA PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2014
at
19:43
TAHNIAH DAN SELAMAT BERTUGAS DENGAN LEBIH CEMERLANG..
Ucapan tahniah dan terima kasih di atas perkhidmatan cemerlang yang telah diberikan kepada kecemerlangan sekolah kepada semua penerima anugerah .
KIRI : CIKGU MOHD SABRI BIN MOHD ( PK KO )
KANAN : EN.MOHD SAFIE BIN MOHAMED NOOR ( PA H11 )
Penerima- penerima anugerah ini juga didoakan agar sentiasa mengekal dan meningkatkan perkhidmatan terhadap sekolah secara berterusan. penerimaan anugerah perkhidmatan cemerlang (APC) ini sebenarnya adalah satu tanggungjawab besar terhadap penerimanya.

Subscribe to:
Posts (Atom)