...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Tuesday 26 August 2014

KARNIVAL SMART KICK & FUN BALL PRA SEKOLAH PERINGKAT DAERAH SETIU

Pada 26 Ogos 2014, SKKFST turut menghantar wakil ke Karnival Program Kecemerlangan Pendidikan Pra Sekolah yang mewakili Zon Setiu Timur bersama pasukan Pra SK Seri Langkap.Karnival telah diadakan di Dewan Sungai Tarom.
Pertandingan ini bermula hampir jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 2.30 petang yang majlis penutupannya disempurnakan oleh En.Sharuddin bin A.Razak ( Penyelia Sekolah Rendah )dari PPD Setiu.
Tahniah kepada pasukan Zon Setiu Timur yang mendapat Naib Johan dalam pertandingan Futsal semalam.
Setinggi-tinggi Tahniah juga admin ucapkan kepada seorang wakil dari SKKFST iaitu adik Ahmad Shauqi bin Hj Saifuddin kerana telah berjaya dipilih ke peringkat Negeri mewakili Daerah Setiu.
 
Berita Bergambar : 
Gambar sebelum ke gelanggang perjuangan.
Team futsal Zon Setiu Timur bersama jurulatih dan guru pengiring

Taklimat pengadil

Aksi-aksi sicilik di gelanggang....
 
Salah satu aksi "mengelecek" bola yang mendapat tepukan gemuruh

Majlis penutup dan penyampaian hadiah...



No comments:

Post a Comment