...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Saturday, 20 April 2019

KEJOHANAN MEMANAH PERINGKAT UMUR TERTUTUP TERENGGANU

TARIKH : 19-20 APRIL 2019
HARI : JUMAAT- SABTU
TEMPAT :PADANG KOMSTAR

TAHNIAH KEPADA TEAM MEMANAH FIRST DI BAWAH BIMBINGAN COACH ZURINA AZRA BINTI CHE ABDUL RASHID

Monday, 15 April 2019

KEM KEPIMPINAN PEMIMPIN KECIL

6 APRIL 2019  – Program ini telah diadakan pada awal bulan april yang lalu.
Lokasi program hanya dijalankan di sekolah atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan,  Penganjur program ialah Unit Disiplin dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Murid.
Program kali ini melibatkan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua kelas dan juga Penolong Ketus Kelas. Program kali ini juga mendapat kerjasama yang baik daripada guru-guru yang bertindak sebagai fasilitator untuk semua aktiviti yang telah diadakan.
Ucapan alu-aluan daripada GPK HEM Cikgu Mohd Sabri bin Mohd
Peserta diagihkan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan dikehendaki melantik seorang ketua yang akan bertanggujawab ke atas semua ahli kumpulan dibawah kendaliannya
Antara objektif penganjuran program ini adalah seperti berikut :-
  • Para peserta program akan mengenal diri sendiri sebagai seorang pengawas dan mengenali kawan-kawan.
  • Para peserta dapat memanfaatkan persahabatan untuk menambahkan ilmu pengetahuan.
  • Para peserta dapat memahami dan mampu mengendalikan perbincangan kumpulan dengan betul.
  • Mewujudkan kumpulan pengawas yang mampu bekerja sebagai satu pasukan.
  • Para peserta dapat membina keyakinan diri sendiri, khususnya apabila bercakap di hadapan khalayak.
  • Para peserta memahami tugas yang telah diamanahkan dan mampu bertindak secara bijak.

MAJLIS TADARUS AL-QURAN & FESTIVAL NASYID PERINGKAT DAERAH

 TARIKH : 15 APRIL 2019
HARI : ISNIN
TEMPAT : SK LEMBAH BIDONG
KEPUTUSAN : TEMPAT KE-3 DAERAH
PESERTA : ADIK AHMAD SAUQI BIN SAIFUDDIN
TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN

Wednesday, 3 April 2019

PELANCARAN 'JOM SOLAT ' & CERAMAH ISRAK MIKRAJ

TARIKH : 3 APRIL 2019
HARI : RABU
ANJURAN : PANITIA PENDIDIKAN ISLAM & UNIT HEM
PENCERAMAH : USTAZ RASIDI BIN MAT SALLEH
 

OBJEKTIF Adalah diharapkan agar program ini dapat:
  1. Memberi kefahaman kepada warga SKKFST peristiwa sebenar Isra’ dan Mi’raj yang jauh dari tokok tambah dan penyelewengan.
  2. Mengambil iktibar dan pengajaran di atas setiap peristiwa yang berlaku di dalam perjalanan berkenaan.
  3. Memberi kesedaran tentang kepentingan dan keistimewaan Masjidil Haram dan Masjidil Aqsa.
  4. Memupuk kesedaran dan tanggung-jawab menunaikan solat dan tuntutan berjamaah dalam mengerjakannya.
 Gimik pelancaran - ingat 5 perkara sebelum 5 perkara
 Ceramah israk mikraj oleh Ustaz Rasidi bin Mat Salleh
 Sesi menjawab kuiz dan hadiah disediakan

SMART ENGLISH YDSM ZON SETIU TIMUR

SK FIRST  berjaya merangkul NAIB JOHAN ZST dalam pertandingan Smart English Piala Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) pada tahun ini.
Program anjuran YDSM dan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu itu telah diadakan di SK Seri Langkap pada 2 April 2019 lalu.

TAHNIAH KEPADA PESERTA DAN JURULATIH-JURULATIH YANG TELAH BEKERJA KERAS TANPA MENGENAL PENAT  LELAH. PASUKAN SMART ENGLISH SK FIRST ADALAH DI BAWAH BIMBINGAN SIR WAN IZIMI BIN WAN MD ZIN BERSAMA CIKGU YUZRIDA BT AWANG DAN CIKGU AINI SALMY BT AZAM.

Monday, 1 April 2019

TADARUS AL-QURAN & FESTIVAL NASYID ZON SETIU TIMUR

Isnin, 01 APRIL 2019 – Majlis Tadarus Al-Quran & Nasyid Peringkat Zon Setiu Timur 2019 telah dijalankan di SK Bari ST. Acara yang dipertandingkan ialah Tilawah  Al-Quran, Hafazan Al Quran, Bercerita kisah nabi dan Nasyid.
Pertandingan bermula jam 10.00 pagi dan berakhir hampir jam 2.00 petang. Seramai 4 orang murid dari SK FIRST telah  mewakili acara tersebut. 
 Dengan kemenangan oleh adik Ahmad Sauqi bin Saifuddin dalam kategori Tilawah Al-Quran
 (Lelaki ) bermakna dua tahun berturut-turut SK FIRST mendapat gelaran JOHAN dalam kategori yang sama.
 Tahniah adik Sauqi atas kemenangan itu. 
Manakala bagi peserta lain rezeki tidak menyebelahi hari ini. Semua kategori lain hanyalah mendapat sijil penyertaan. Walau apapun semoga para peserta dapat mengharumkan nama sekolah dan menjadi murid yang berjaya dalam semua bidang.
 Peserta Tilawah Al-Quran ( Perempuan ) - Adik Nur Lailatul Aliya binti Azman
 Peserta bercerita kisah Nabi - Adik Nur Anis Sofiya binti Yusaimmi
 Peserta bercerita kisah Nabi - Adik Tengku Ahmad Amirul Wafiq bin Tengku Ahmad Nordin
 TAHNIAH KEPADA GURU-GURU, PESERTA DAN PENYOKONG...WE ARE THE FIRST...