...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Monday 1 April 2019

TADARUS AL-QURAN & FESTIVAL NASYID ZON SETIU TIMUR

Isnin, 01 APRIL 2019 – Majlis Tadarus Al-Quran & Nasyid Peringkat Zon Setiu Timur 2019 telah dijalankan di SK Bari ST. Acara yang dipertandingkan ialah Tilawah  Al-Quran, Hafazan Al Quran, Bercerita kisah nabi dan Nasyid.
Pertandingan bermula jam 10.00 pagi dan berakhir hampir jam 2.00 petang. Seramai 4 orang murid dari SK FIRST telah  mewakili acara tersebut. 
 Dengan kemenangan oleh adik Ahmad Sauqi bin Saifuddin dalam kategori Tilawah Al-Quran
 (Lelaki ) bermakna dua tahun berturut-turut SK FIRST mendapat gelaran JOHAN dalam kategori yang sama.
 Tahniah adik Sauqi atas kemenangan itu. 
Manakala bagi peserta lain rezeki tidak menyebelahi hari ini. Semua kategori lain hanyalah mendapat sijil penyertaan. Walau apapun semoga para peserta dapat mengharumkan nama sekolah dan menjadi murid yang berjaya dalam semua bidang.
 Peserta Tilawah Al-Quran ( Perempuan ) - Adik Nur Lailatul Aliya binti Azman
 Peserta bercerita kisah Nabi - Adik Nur Anis Sofiya binti Yusaimmi
 Peserta bercerita kisah Nabi - Adik Tengku Ahmad Amirul Wafiq bin Tengku Ahmad Nordin
 TAHNIAH KEPADA GURU-GURU, PESERTA DAN PENYOKONG...WE ARE THE FIRST...

No comments:

Post a Comment